Akhirnya, Pengasas BitConnect Didakwa Tipu RM8.3 Bilion!

Extracto:Securities Exchange and Commission (SEC) akhirnya telah mendakwa pengasas BitConnect kerana didapati telah menipu ribuan pelabur dengan jumlah $2 bilion (sekitar RM8.3 bilion), termasuk menjalankan penawaran pelaburan tidak berdaftar. Pengasas BitConnect, Satish Kumbhani telah menipu para pelaburnya tentang kemampuan token kripto BitConnect yang mampu memberi keuntungan sehingga 40% melalui “volatility software trading bot”, sedangkan bot tersebut tidak wujud.

Pada masa yang sama, SEC turut mendakwa seorang promoter, Glenn Arcaro kerana telah menerima lebih $24 juta dalam komisen rujukan (commision referral) melalui BitConnect.

Sementara itu, lagi lima individu yang terlibat dalam skim penipuan ini telah turut didakwa pada Mei lalu.

BitConnect diasaskan pada 2016, turut melancarkan token natif – BitConnect Coin yang dikatakan boleh ditukar kepada Bitcoin (BTC).

Melalui program pinjaman yang ditawarkan BitConnect Coin, sebanyak 40% keuntungan bulan dan 3,700% keuntungan tahunan mampu diperoleh menggunakan “volatility software trading bot”.

Sebaliknya berlaku apabila BitConnect Coin menjunam 92% pada 16 Januari 2018, menyebabkan para pelabur berputih mata.

Penipuan BitConnect ini juga disamakan sebagai skim ponzi kerana pelabur dibayar dengan wang yang diperoleh daripada pelabur baru.

Descargo de responsabilidad

Las opiniones de este artículo solo representan las opiniones personales del autor y no constituyen un consejo de inversión para esta plataforma. Esta plataforma no garantiza la precisión, integridad y actualidad de la información del artículo, ni es responsable de ninguna pérdida causada por el uso o la confianza en la información del artículo.
El anterior

Twitter Podría Permitir A Sus Usuarios Añadir Direcciones De Bitcoin Y Ethereum Para Recibir Propinas

El siguiente

Solana Desplaza A Dogecoin Y Se Convierte En La Séptima Criptomoneda Más Grande Del Mercado