Akhirnya, Pengasas BitConnect Didakwa Tipu RM8.3 Bilion!
Lời nói đầu:Securities Exchange and Commission (SEC) akhirnya telah mendakwa pengasas BitConnect kerana didapati telah menipu ribuan pelabur dengan jumlah $2 bilion (sekitar RM8.3 bilion), termasuk menjalankan penawaran pelaburan tidak berdaftar. Pengasas BitConnect, Satish Kumbhani telah menipu para pelaburnya tentang kemampuan token kripto BitConnect yang mampu memberi keuntungan sehingga 40% melalui “volatility software trading bot”, sedangkan bot tersebut tidak wujud.
Pada masa yang sama, SEC turut mendakwa seorang promoter, Glenn Arcaro kerana telah menerima lebih $24 juta dalam komisen rujukan (commision referral) melalui BitConnect.
Sementara itu, lagi lima individu yang terlibat dalam skim penipuan ini telah turut didakwa pada Mei lalu.
BitConnect diasaskan pada 2016, turut melancarkan token natif – BitConnect Coin yang dikatakan boleh ditukar kepada Bitcoin (BTC).
Melalui program pinjaman yang ditawarkan BitConnect Coin, sebanyak 40% keuntungan bulan dan 3,700% keuntungan tahunan mampu diperoleh menggunakan “volatility software trading bot”.
Sebaliknya berlaku apabila BitConnect Coin menjunam 92% pada 16 Januari 2018, menyebabkan para pelabur berputih mata.
Penipuan BitConnect ini juga disamakan sebagai skim ponzi kerana pelabur dibayar dengan wang yang diperoleh daripada pelabur baru.
Miễn trừ trách nhiệm
Các ý kiến trong bài viết này chỉ thể hiện quan điểm cá nhân của tác giả và không phải lời khuyên đầu tư. Thông tin trong bài viết mang tính tham khảo và không đảm bảo tính chính xác tuyệt đối. Nền tảng không chịu trách nhiệm cho bất kỳ quyết định đầu tư nào được đưa ra dựa trên nội dung này.