Pengerusi SEC Beri Amaran Kepada Platform DeFi

摘要:Sektor kewangan desentralisasi (DeFi) nampaknya tidak terlepas dari pengawasan pihak penyelia apabila pengerusi Securities and Exchange Commission (SEC), Gary Gensler menggesa kesemua projek untuk berdaftar dengan SEC.

Gensler merujuk kenyataan tersebut kepada sistem DeFi yang mana memudahkan perdagangan token di Ethereum dan blockchain kontrak pintar yang lain.

Jelasnya, jika pendaftaran tidak dilakukan maka tidak mustahil seluruh ekosistem DeFi akan dikenakan tindakan undang-undang sekuriti.

Gensler juga tidak teragak-agak mendakwa kebanyakan platform DeFi yang dibangunkan dikawal oleh pasukan berpusat dengan tawaran insentif:

“Dari satu aspek, mungkin kesemua platform DeFi memudahkan sesuatu yang tidak berpusat (desentralisasi) tetapi pada aspek yang lain juga mereka sangat berpusat.”

Pegawai SEC, Hester Peirce – individu yang sinonim dengan gelaran ‘Crypto Mom’ turut menyuarakan isu yang sama pada minggu lepas.

Menurutnya, ada ‘bayangan berpusat’ dalam sektor DeFi dan memberi amaran kepada mereka yang terlibat dalam projek DeFi untuk berhati-hati: “Jika anda ingin menjadi desentralisasi, maka anda perlu betul-betul desentralisasi yang mana meletakkan anda dalam kategori lain, jauh daripada perspektif pihak penyelia kerana itu bukan di bawah bidang kuasa kami.”

Sementara itu, pada awal Ogos, Gensler didapati telah mengenalpasti tujuh perubahan terhadap polisi berkaitan kripto dan ia masih di dalam penelitian SEC.

Antara fokus yang terlibat termasuklah penawaran token, DeFi, stablecoins, dana dagangan bursa (ETF) berkaitan kripto, dan hak perlindungan.

免責聲明

本文觀點僅代表作者個人觀點,不構成本平台的投資建議,本平台不對文章信息準確性、完整性和及時性作出任何保證,亦不對因使用或信賴文章信息引發的任何損失承擔責任
上一篇

【天眼合约日报】BTC延续震荡 调整或需更长时间

下一篇

CBDC|不丹合作「瑞波CBDC解決方案」試驗央行數位貨幣 | 動區動趨-最具影響力的區塊鏈媒體 (比特幣, 加密貨幣)