Pengerusi SEC Beri Amaran Kepada Platform DeFi

Extracto:Sektor kewangan desentralisasi (DeFi) nampaknya tidak terlepas dari pengawasan pihak penyelia apabila pengerusi Securities and Exchange Commission (SEC), Gary Gensler menggesa kesemua projek untuk berdaftar dengan SEC.

Gensler merujuk kenyataan tersebut kepada sistem DeFi yang mana memudahkan perdagangan token di Ethereum dan blockchain kontrak pintar yang lain.

Jelasnya, jika pendaftaran tidak dilakukan maka tidak mustahil seluruh ekosistem DeFi akan dikenakan tindakan undang-undang sekuriti.

Gensler juga tidak teragak-agak mendakwa kebanyakan platform DeFi yang dibangunkan dikawal oleh pasukan berpusat dengan tawaran insentif:

“Dari satu aspek, mungkin kesemua platform DeFi memudahkan sesuatu yang tidak berpusat (desentralisasi) tetapi pada aspek yang lain juga mereka sangat berpusat.”

Pegawai SEC, Hester Peirce – individu yang sinonim dengan gelaran ‘Crypto Mom’ turut menyuarakan isu yang sama pada minggu lepas.

Menurutnya, ada ‘bayangan berpusat’ dalam sektor DeFi dan memberi amaran kepada mereka yang terlibat dalam projek DeFi untuk berhati-hati: “Jika anda ingin menjadi desentralisasi, maka anda perlu betul-betul desentralisasi yang mana meletakkan anda dalam kategori lain, jauh daripada perspektif pihak penyelia kerana itu bukan di bawah bidang kuasa kami.”

Sementara itu, pada awal Ogos, Gensler didapati telah mengenalpasti tujuh perubahan terhadap polisi berkaitan kripto dan ia masih di dalam penelitian SEC.

Antara fokus yang terlibat termasuklah penawaran token, DeFi, stablecoins, dana dagangan bursa (ETF) berkaitan kripto, dan hak perlindungan.

Descargo de responsabilidad

Las opiniones de este artículo solo representan las opiniones personales del autor y no constituyen un consejo de inversión para esta plataforma. Esta plataforma no garantiza la precisión, integridad y actualidad de la información del artículo, ni es responsable de ninguna pérdida causada por el uso o la confianza en la información del artículo.
El anterior

¿Mejor Salario que en Latinoamérica?: Si Axie Infinity fuera un país, sería el 45º con mejor sueldo en el mundo

El siguiente

FTX ve un crecimiento explosivo con más de 1 millón de inscripciones este año