Pengerusi SEC Beri Amaran Kepada Platform DeFi

요약:Sektor kewangan desentralisasi (DeFi) nampaknya tidak terlepas dari pengawasan pihak penyelia apabila pengerusi Securities and Exchange Commission (SEC), Gary Gensler menggesa kesemua projek untuk berdaftar dengan SEC.

Gensler merujuk kenyataan tersebut kepada sistem DeFi yang mana memudahkan perdagangan token di Ethereum dan blockchain kontrak pintar yang lain.

Jelasnya, jika pendaftaran tidak dilakukan maka tidak mustahil seluruh ekosistem DeFi akan dikenakan tindakan undang-undang sekuriti.

Gensler juga tidak teragak-agak mendakwa kebanyakan platform DeFi yang dibangunkan dikawal oleh pasukan berpusat dengan tawaran insentif:

“Dari satu aspek, mungkin kesemua platform DeFi memudahkan sesuatu yang tidak berpusat (desentralisasi) tetapi pada aspek yang lain juga mereka sangat berpusat.”

Pegawai SEC, Hester Peirce – individu yang sinonim dengan gelaran ‘Crypto Mom’ turut menyuarakan isu yang sama pada minggu lepas.

Menurutnya, ada ‘bayangan berpusat’ dalam sektor DeFi dan memberi amaran kepada mereka yang terlibat dalam projek DeFi untuk berhati-hati: “Jika anda ingin menjadi desentralisasi, maka anda perlu betul-betul desentralisasi yang mana meletakkan anda dalam kategori lain, jauh daripada perspektif pihak penyelia kerana itu bukan di bawah bidang kuasa kami.”

Sementara itu, pada awal Ogos, Gensler didapati telah mengenalpasti tujuh perubahan terhadap polisi berkaitan kripto dan ia masih di dalam penelitian SEC.

Antara fokus yang terlibat termasuklah penawaran token, DeFi, stablecoins, dana dagangan bursa (ETF) berkaitan kripto, dan hak perlindungan.

면책 성명

본 기사의 견해는 저자의 개인적 견해일 뿐이며 본 플랫폼은 투자 권고를 하지 않습니다. 본 플랫폼은 기사 내 정보의 정확성, 완전성, 적시성을 보장하지 않으며, 개인의 기사 내 정보에 의한 손실에 대해 책임을 지지 않습니다.
전편

싱가포르, 가상자산거래소 첫 허가

다음

프리톤 블록체인 "초당 5만 5000건 처리…신기록 경신"