Pengerusi SEC Beri Amaran Kepada Platform DeFi

Lời nói đầu:Sektor kewangan desentralisasi (DeFi) nampaknya tidak terlepas dari pengawasan pihak penyelia apabila pengerusi Securities and Exchange Commission (SEC), Gary Gensler menggesa kesemua projek untuk berdaftar dengan SEC.

Gensler merujuk kenyataan tersebut kepada sistem DeFi yang mana memudahkan perdagangan token di Ethereum dan blockchain kontrak pintar yang lain.

Jelasnya, jika pendaftaran tidak dilakukan maka tidak mustahil seluruh ekosistem DeFi akan dikenakan tindakan undang-undang sekuriti.

Gensler juga tidak teragak-agak mendakwa kebanyakan platform DeFi yang dibangunkan dikawal oleh pasukan berpusat dengan tawaran insentif:

“Dari satu aspek, mungkin kesemua platform DeFi memudahkan sesuatu yang tidak berpusat (desentralisasi) tetapi pada aspek yang lain juga mereka sangat berpusat.”

Pegawai SEC, Hester Peirce – individu yang sinonim dengan gelaran ‘Crypto Mom’ turut menyuarakan isu yang sama pada minggu lepas.

Menurutnya, ada ‘bayangan berpusat’ dalam sektor DeFi dan memberi amaran kepada mereka yang terlibat dalam projek DeFi untuk berhati-hati: “Jika anda ingin menjadi desentralisasi, maka anda perlu betul-betul desentralisasi yang mana meletakkan anda dalam kategori lain, jauh daripada perspektif pihak penyelia kerana itu bukan di bawah bidang kuasa kami.”

Sementara itu, pada awal Ogos, Gensler didapati telah mengenalpasti tujuh perubahan terhadap polisi berkaitan kripto dan ia masih di dalam penelitian SEC.

Antara fokus yang terlibat termasuklah penawaran token, DeFi, stablecoins, dana dagangan bursa (ETF) berkaitan kripto, dan hak perlindungan.

Miễn trừ trách nhiệm

Các ý kiến ​​trong bài viết này chỉ thể hiện quan điểm cá nhân của tác giả và không phải lời khuyên đầu tư. Thông tin trong bài viết mang tính tham khảo và không đảm bảo tính chính xác tuyệt đối. Nền tảng không chịu trách nhiệm cho bất kỳ quyết định đầu tư nào được đưa ra dựa trên nội dung này.
Bài viết trước

ĐÁNH GIÁ VÍ TIỀN ĐIỆN TỬ JAXX TỪ A ĐẾN Z

Bài tiếp theo

TOP NHỮNG DỰ ÁN NFT TIỀM NĂNG NĂM 2021