Jerung Pun ‘Terciduk’, Tesla Rugi $23 juta Dalam Pelaburan Bitcoin!

摘要:Dalam laporan yang dikongsi 2 hari lepas oleh syarikat pembuatan kereta yang dimiliki Elon Musk, Tesla mengumumkan bahawa mereka telah kerugian $23 juta berikutan kejatuhan harga Bitcoin. Semasa pembetulan harga Bitcoin, Tesla merupakan antara pelabur utama dalam aset digital tersebut yang mendapat tempias.

Angka kerugian ini didedahkan dalam laporan pendapatan suku tahunan Tesla.Berdasarkan laporan tersebut, Tesla dilihat berjaya memperolehi keuntungan lebih dari $1 bilion untuk pertama kalinya sejak pelancaran syarikat. Walaubagaimanapun, mengenai pelaburan Bitcoin, Tesla telah kerugian $23 juta kerana pembetulan harga dalam pasaran kripto pada suku kedua tahun ini.

Laporan tersebut menyatakan sebanyak $1.5 bilion telah dilaporkan, justeru kerugian $23 juta dilihat suatu nilai yang munasabah. Pada April yang lalu, Elon Musk mendedahkan telah melabur sejumlah besar nilai pelaburan Bitcoin.

Pengumuman tersebut telah mendorong harga BTC melonjak dengan ketara pada waktu tersebut. Tesla dalam masa yang sama juga mencatat keuntungan berikutan kenaikan harga Bitcoin bahkan lebih banyak daripada keseluruhan pengeluaran kenderaannya.

Namun harga Bitcoin mula mencatat kejatuhan yang didorong oleh ancaman bertalu-talu dari China dan juga penamatan penerimaan pembayaran Bitcoin oleh Tesla.Pada ketika ini harga Bitcoin didagangkan pada paras $38,398.63, iaitu naik 0.22% dalam tempoh 24 jam.

免责声明

本文观点仅代表作者个人观点,不构成本平台的投资建议,本平台不对文章信息准确性、完整性和及时性作出任何保证,亦不对因使用或信赖文章信息引发的任何损失承担责任
上一篇

DeFi新玩法丨一文了解纳入BTC、ETH以及DPI的“躺投”指数BED

下一篇

直面监管压力 币安将在全球建立多个区域总部