Jerung Pun ‘Terciduk’, Tesla Rugi $23 juta Dalam Pelaburan Bitcoin!

Lời nói đầu:Dalam laporan yang dikongsi 2 hari lepas oleh syarikat pembuatan kereta yang dimiliki Elon Musk, Tesla mengumumkan bahawa mereka telah kerugian $23 juta berikutan kejatuhan harga Bitcoin. Semasa pembetulan harga Bitcoin, Tesla merupakan antara pelabur utama dalam aset digital tersebut yang mendapat tempias.

Angka kerugian ini didedahkan dalam laporan pendapatan suku tahunan Tesla.Berdasarkan laporan tersebut, Tesla dilihat berjaya memperolehi keuntungan lebih dari $1 bilion untuk pertama kalinya sejak pelancaran syarikat. Walaubagaimanapun, mengenai pelaburan Bitcoin, Tesla telah kerugian $23 juta kerana pembetulan harga dalam pasaran kripto pada suku kedua tahun ini.

Laporan tersebut menyatakan sebanyak $1.5 bilion telah dilaporkan, justeru kerugian $23 juta dilihat suatu nilai yang munasabah. Pada April yang lalu, Elon Musk mendedahkan telah melabur sejumlah besar nilai pelaburan Bitcoin.

Pengumuman tersebut telah mendorong harga BTC melonjak dengan ketara pada waktu tersebut. Tesla dalam masa yang sama juga mencatat keuntungan berikutan kenaikan harga Bitcoin bahkan lebih banyak daripada keseluruhan pengeluaran kenderaannya.

Namun harga Bitcoin mula mencatat kejatuhan yang didorong oleh ancaman bertalu-talu dari China dan juga penamatan penerimaan pembayaran Bitcoin oleh Tesla.Pada ketika ini harga Bitcoin didagangkan pada paras $38,398.63, iaitu naik 0.22% dalam tempoh 24 jam.

Miễn trừ trách nhiệm

Các ý kiến ​​trong bài viết này chỉ thể hiện quan điểm cá nhân của tác giả và không phải lời khuyên đầu tư. Thông tin trong bài viết mang tính tham khảo và không đảm bảo tính chính xác tuyệt đối. Nền tảng không chịu trách nhiệm cho bất kỳ quyết định đầu tư nào được đưa ra dựa trên nội dung này.
Bài viết trước

Hướng Dẫn Quản Lý Vốn Và Kiếm Tiền Trong Thị Trường Downtrend

Bài tiếp theo

Monero Là Gì? Đồng Tiền Ẩn Danh Sở Hữu Công Nghệ Gì Đặc Biệt?