Jerung Pun ‘Terciduk’, Tesla Rugi $23 juta Dalam Pelaburan Bitcoin!

요약:Dalam laporan yang dikongsi 2 hari lepas oleh syarikat pembuatan kereta yang dimiliki Elon Musk, Tesla mengumumkan bahawa mereka telah kerugian $23 juta berikutan kejatuhan harga Bitcoin. Semasa pembetulan harga Bitcoin, Tesla merupakan antara pelabur utama dalam aset digital tersebut yang mendapat tempias.

Angka kerugian ini didedahkan dalam laporan pendapatan suku tahunan Tesla.Berdasarkan laporan tersebut, Tesla dilihat berjaya memperolehi keuntungan lebih dari $1 bilion untuk pertama kalinya sejak pelancaran syarikat. Walaubagaimanapun, mengenai pelaburan Bitcoin, Tesla telah kerugian $23 juta kerana pembetulan harga dalam pasaran kripto pada suku kedua tahun ini.

Laporan tersebut menyatakan sebanyak $1.5 bilion telah dilaporkan, justeru kerugian $23 juta dilihat suatu nilai yang munasabah. Pada April yang lalu, Elon Musk mendedahkan telah melabur sejumlah besar nilai pelaburan Bitcoin.

Pengumuman tersebut telah mendorong harga BTC melonjak dengan ketara pada waktu tersebut. Tesla dalam masa yang sama juga mencatat keuntungan berikutan kenaikan harga Bitcoin bahkan lebih banyak daripada keseluruhan pengeluaran kenderaannya.

Namun harga Bitcoin mula mencatat kejatuhan yang didorong oleh ancaman bertalu-talu dari China dan juga penamatan penerimaan pembayaran Bitcoin oleh Tesla.Pada ketika ini harga Bitcoin didagangkan pada paras $38,398.63, iaitu naik 0.22% dalam tempoh 24 jam.

면책 성명

본 기사의 견해는 저자의 개인적 견해일 뿐이며 본 플랫폼은 투자 권고를 하지 않습니다. 본 플랫폼은 기사 내 정보의 정확성, 완전성, 적시성을 보장하지 않으며, 개인의 기사 내 정보에 의한 손실에 대해 책임을 지지 않습니다.
전편

速汇金(MoneyGram)允许在其1.2万家零售网络店上买卖比特币

다음

프리톤이 새로운 디파이 육성 프로그램을 시작한다