Jerung Pun ‘Terciduk’, Tesla Rugi $23 juta Dalam Pelaburan Bitcoin!

Özet:Dalam laporan yang dikongsi 2 hari lepas oleh syarikat pembuatan kereta yang dimiliki Elon Musk, Tesla mengumumkan bahawa mereka telah kerugian $23 juta berikutan kejatuhan harga Bitcoin. Semasa pembetulan harga Bitcoin, Tesla merupakan antara pelabur utama dalam aset digital tersebut yang mendapat tempias.

Angka kerugian ini didedahkan dalam laporan pendapatan suku tahunan Tesla.Berdasarkan laporan tersebut, Tesla dilihat berjaya memperolehi keuntungan lebih dari $1 bilion untuk pertama kalinya sejak pelancaran syarikat. Walaubagaimanapun, mengenai pelaburan Bitcoin, Tesla telah kerugian $23 juta kerana pembetulan harga dalam pasaran kripto pada suku kedua tahun ini.

Laporan tersebut menyatakan sebanyak $1.5 bilion telah dilaporkan, justeru kerugian $23 juta dilihat suatu nilai yang munasabah. Pada April yang lalu, Elon Musk mendedahkan telah melabur sejumlah besar nilai pelaburan Bitcoin.

Pengumuman tersebut telah mendorong harga BTC melonjak dengan ketara pada waktu tersebut. Tesla dalam masa yang sama juga mencatat keuntungan berikutan kenaikan harga Bitcoin bahkan lebih banyak daripada keseluruhan pengeluaran kenderaannya.

Namun harga Bitcoin mula mencatat kejatuhan yang didorong oleh ancaman bertalu-talu dari China dan juga penamatan penerimaan pembayaran Bitcoin oleh Tesla.Pada ketika ini harga Bitcoin didagangkan pada paras $38,398.63, iaitu naik 0.22% dalam tempoh 24 jam.

Feragatname

Bu makaledeki görüşler yalnızca yazarın kişisel görüşlerini temsil eder ve bu platform için yatırım tavsiyesi teşkil etmez. Bu platform, makale bilgilerinin doğruluğunu, eksiksizliğini ve güncelliğini garanti etmez ve makale bilgilerinin kullanılması veya bunlara güvenilmesinden kaynaklanan herhangi bir kayıptan sorumlu değildir.
Önceki Gönderi

Bitcoin fiyatı 55 bin doların altına geriledi

Sonraki

TOP 3 altcoin için teknik analiz ve fiyat tahmini: ETH, BNB, SOL | 23.11