Kehadiran Messi Bawa Tuah Kepada Pemegang Kripto PSG

摘要:Baru-baru ini Lionel Messi telah menandatangani perjanjian dua tahun dengan Paris Saint-Germain (PSG )pada minggu ini dengan tawaran gaji tahunan $41 juta, bonus dan yuran pendahuluan $30 juta yang dilaporkan.

Pada hari Selasa lepas, Messi telah memaklumkan bahawa beliau meninggalkan kelab Sepanyol Barcelona dan menandatangani kontrak dua tahun bersama PSG.

PSG dalam laporan pada hari ini juga memaklumkan bahawa pendapatan Messi itu juga diterima dalam bentuk token kripto.

Maklum PSG, inisiatif ini adalah bagi memposisikan PSG sekali lagi sebagai salah satu jenama paling inovatif dan terkehadapan dalam dunia sukan. Dalam masa yang sama kripto PSG Fan Token akan jadi pengikat dengan jutaan penyokong PSG di seuluh dunia.

Implementasi penggunaan kripto $PSG Fan Token ini hadir sebagai implementasi yang baik tentang bagaimana sebuah kelab boleh melakukan cara yang inovatif untuk memajukan bisnes dan mempelbagaikan pembayaran.

Pada tahun 2018, PSG membuat langkah awal terjun ke dunia blockchain dan menjadi antara terawal kelab sukan yang menerbitkan kripto sendiri.

Sejak pengumuman kehadiran Messi, harga kripto PSG melonjak lebih dua kali ganda iaitu pada paras $50 seunit dan kini melakukan pembetulan dengan didagangkan pada paras harga $41.13.

免责声明

本文观点仅代表作者个人观点,不构成本平台的投资建议,本平台不对文章信息准确性、完整性和及时性作出任何保证,亦不对因使用或信赖文章信息引发的任何损失承担责任
上一篇

天眼前瞻 | 富人的阳谋?NFT将成为洗钱计划的首选?

下一篇

天眼午报丨Neko被盗资产被换成6390枚BNB 黑客退还2871枚BNB