Kehadiran Messi Bawa Tuah Kepada Pemegang Kripto PSG

Lời nói đầu:Baru-baru ini Lionel Messi telah menandatangani perjanjian dua tahun dengan Paris Saint-Germain (PSG )pada minggu ini dengan tawaran gaji tahunan $41 juta, bonus dan yuran pendahuluan $30 juta yang dilaporkan.

Pada hari Selasa lepas, Messi telah memaklumkan bahawa beliau meninggalkan kelab Sepanyol Barcelona dan menandatangani kontrak dua tahun bersama PSG.

PSG dalam laporan pada hari ini juga memaklumkan bahawa pendapatan Messi itu juga diterima dalam bentuk token kripto.

Maklum PSG, inisiatif ini adalah bagi memposisikan PSG sekali lagi sebagai salah satu jenama paling inovatif dan terkehadapan dalam dunia sukan. Dalam masa yang sama kripto PSG Fan Token akan jadi pengikat dengan jutaan penyokong PSG di seuluh dunia.

Implementasi penggunaan kripto $PSG Fan Token ini hadir sebagai implementasi yang baik tentang bagaimana sebuah kelab boleh melakukan cara yang inovatif untuk memajukan bisnes dan mempelbagaikan pembayaran.

Pada tahun 2018, PSG membuat langkah awal terjun ke dunia blockchain dan menjadi antara terawal kelab sukan yang menerbitkan kripto sendiri.

Sejak pengumuman kehadiran Messi, harga kripto PSG melonjak lebih dua kali ganda iaitu pada paras $50 seunit dan kini melakukan pembetulan dengan didagangkan pada paras harga $41.13.

Miễn trừ trách nhiệm

Các ý kiến ​​trong bài viết này chỉ thể hiện quan điểm cá nhân của tác giả và không phải lời khuyên đầu tư. Thông tin trong bài viết mang tính tham khảo và không đảm bảo tính chính xác tuyệt đối. Nền tảng không chịu trách nhiệm cho bất kỳ quyết định đầu tư nào được đưa ra dựa trên nội dung này.
Bài viết trước

CHỈ BÁO FIBONACCI LÀ GÌ? BÍ QUYẾT ÁP DỤNG FIBONACCI TRONG TRADE COIN

Bài tiếp theo

TOP VÍ LƯU TRỮ RIPPLE AN TOÀN 2021