Kehadiran Messi Bawa Tuah Kepada Pemegang Kripto PSG

요약:Baru-baru ini Lionel Messi telah menandatangani perjanjian dua tahun dengan Paris Saint-Germain (PSG )pada minggu ini dengan tawaran gaji tahunan $41 juta, bonus dan yuran pendahuluan $30 juta yang dilaporkan.

Pada hari Selasa lepas, Messi telah memaklumkan bahawa beliau meninggalkan kelab Sepanyol Barcelona dan menandatangani kontrak dua tahun bersama PSG.

PSG dalam laporan pada hari ini juga memaklumkan bahawa pendapatan Messi itu juga diterima dalam bentuk token kripto.

Maklum PSG, inisiatif ini adalah bagi memposisikan PSG sekali lagi sebagai salah satu jenama paling inovatif dan terkehadapan dalam dunia sukan. Dalam masa yang sama kripto PSG Fan Token akan jadi pengikat dengan jutaan penyokong PSG di seuluh dunia.

Implementasi penggunaan kripto $PSG Fan Token ini hadir sebagai implementasi yang baik tentang bagaimana sebuah kelab boleh melakukan cara yang inovatif untuk memajukan bisnes dan mempelbagaikan pembayaran.

Pada tahun 2018, PSG membuat langkah awal terjun ke dunia blockchain dan menjadi antara terawal kelab sukan yang menerbitkan kripto sendiri.

Sejak pengumuman kehadiran Messi, harga kripto PSG melonjak lebih dua kali ganda iaitu pada paras $50 seunit dan kini melakukan pembetulan dengan didagangkan pada paras harga $41.13.

면책 성명

본 기사의 견해는 저자의 개인적 견해일 뿐이며 본 플랫폼은 투자 권고를 하지 않습니다. 본 플랫폼은 기사 내 정보의 정확성, 완전성, 적시성을 보장하지 않으며, 개인의 기사 내 정보에 의한 손실에 대해 책임을 지지 않습니다.
전편

싱가포르, 가상자산거래소 첫 허가

다음

프리톤 블록체인 "초당 5만 5000건 처리…신기록 경신"