Kehadiran Messi Bawa Tuah Kepada Pemegang Kripto PSG

概要:Baru-baru ini Lionel Messi telah menandatangani perjanjian dua tahun dengan Paris Saint-Germain (PSG )pada minggu ini dengan tawaran gaji tahunan $41 juta, bonus dan yuran pendahuluan $30 juta yang dilaporkan.

Pada hari Selasa lepas, Messi telah memaklumkan bahawa beliau meninggalkan kelab Sepanyol Barcelona dan menandatangani kontrak dua tahun bersama PSG.

PSG dalam laporan pada hari ini juga memaklumkan bahawa pendapatan Messi itu juga diterima dalam bentuk token kripto.

Maklum PSG, inisiatif ini adalah bagi memposisikan PSG sekali lagi sebagai salah satu jenama paling inovatif dan terkehadapan dalam dunia sukan. Dalam masa yang sama kripto PSG Fan Token akan jadi pengikat dengan jutaan penyokong PSG di seuluh dunia.

Implementasi penggunaan kripto $PSG Fan Token ini hadir sebagai implementasi yang baik tentang bagaimana sebuah kelab boleh melakukan cara yang inovatif untuk memajukan bisnes dan mempelbagaikan pembayaran.

Pada tahun 2018, PSG membuat langkah awal terjun ke dunia blockchain dan menjadi antara terawal kelab sukan yang menerbitkan kripto sendiri.

Sejak pengumuman kehadiran Messi, harga kripto PSG melonjak lebih dua kali ganda iaitu pada paras $50 seunit dan kini melakukan pembetulan dengan didagangkan pada paras harga $41.13.

免責事項

このコンテンツの見解は筆者個人的な見解を示すものに過ぎず、当社の投資アドバイスではありません。当サイトは、記事情報の正確性、完全性、適時性を保証するものではなく、情報の使用または関連コンテンツにより生じた、いかなる損失に対しても責任は負いません。
前へ

NFT熱狂の中心地、今度はペンギン【仮想通貨相場】

次へ

Poly Networkのハッカー 資金を返還へ