Ukraine Hanya Tinggal Selangkah Jadikan Kripto ‘Sah’ Di Sisi Undang-Undang

Lời nói đầu:Laporan terkini melaporkan bahawa draf undang-undang untuk membenarkan penerapan kripto secara rasmi telah melepasi bacaan kedua di parlimen Ukraine pada 8 September. Sehingga ke hari ini, aset kripto belum memiliki apa-apa klasifikasi undang-undang sama ada ia sah atau dilarang.

Berdasarkan laporan Kyiv Post, 276 penggubal undang-undang Ukraine memilih untuk mengundi rang undang-undang aset digital bawah klausa 3637. Hal ini dapat membolehkan penerimaan kripto yang lebih meluas dan penggubalan peraturan kripto.

Presiden Volodymyr Zelensky mengesahkan hal ini dan mengulas bahawa undang-undang baru akan menawarkan perlindungan kepada pelabur aset kripto dan bursa kripto.

Menurut Kementerian Transformasi Digital, Ukraine berhasrat membuka pasaran kripto untuk perniagaan dan pelabur pada tahun 2022. Namun untuk merealisasikan hal tersebut, parlimen mesti meluluskan usulan.

Setakat ini, kripto tidak boleh digunakan sebagai medium transaksi untuk pembelian mahupun penjualan barangan. Namun para pelabur boleh melakukan jual beli di bursa kripto dalam negara. Undang-undang baru akan membenarkan perniagaan berkaitan kripto dan blockchain beroperasi secara sah di Ukraine, yang merancang untuk menarik pelaburan ke dalam negara.

Dalam masa yang sama, kerajaan turut merancang untuk mewujudkan badan pengawalseliaan lain yang akan mengeluarkan permit untuk syarikat kripto. Menurut Mykhailo Fedorov, Menteri Transformasi Digital Ukraine, perdagangan kripto sangat popular dalam kalangan orang Ukraine, dengan jumlah harian sekitar $ 37,000.

Miễn trừ trách nhiệm

Các ý kiến ​​trong bài viết này chỉ thể hiện quan điểm cá nhân của tác giả và không phải lời khuyên đầu tư. Thông tin trong bài viết mang tính tham khảo và không đảm bảo tính chính xác tuyệt đối. Nền tảng không chịu trách nhiệm cho bất kỳ quyết định đầu tư nào được đưa ra dựa trên nội dung này.
Bài viết trước

LÝ THUYẾT DOW LÀ GÌ? NGUYÊN LÝ CƠ BẢN CỦA DOW TRONG TRADE

Bài tiếp theo

ĐÁNH GIÁ TOÀN TẬP VỀ VÍ LẠNH ĐIỆN TỬ TREZOR