Ukraine Hanya Tinggal Selangkah Jadikan Kripto ‘Sah’ Di Sisi Undang-Undang

Extracto:Laporan terkini melaporkan bahawa draf undang-undang untuk membenarkan penerapan kripto secara rasmi telah melepasi bacaan kedua di parlimen Ukraine pada 8 September. Sehingga ke hari ini, aset kripto belum memiliki apa-apa klasifikasi undang-undang sama ada ia sah atau dilarang.

Berdasarkan laporan Kyiv Post, 276 penggubal undang-undang Ukraine memilih untuk mengundi rang undang-undang aset digital bawah klausa 3637. Hal ini dapat membolehkan penerimaan kripto yang lebih meluas dan penggubalan peraturan kripto.

Presiden Volodymyr Zelensky mengesahkan hal ini dan mengulas bahawa undang-undang baru akan menawarkan perlindungan kepada pelabur aset kripto dan bursa kripto.

Menurut Kementerian Transformasi Digital, Ukraine berhasrat membuka pasaran kripto untuk perniagaan dan pelabur pada tahun 2022. Namun untuk merealisasikan hal tersebut, parlimen mesti meluluskan usulan.

Setakat ini, kripto tidak boleh digunakan sebagai medium transaksi untuk pembelian mahupun penjualan barangan. Namun para pelabur boleh melakukan jual beli di bursa kripto dalam negara. Undang-undang baru akan membenarkan perniagaan berkaitan kripto dan blockchain beroperasi secara sah di Ukraine, yang merancang untuk menarik pelaburan ke dalam negara.

Dalam masa yang sama, kerajaan turut merancang untuk mewujudkan badan pengawalseliaan lain yang akan mengeluarkan permit untuk syarikat kripto. Menurut Mykhailo Fedorov, Menteri Transformasi Digital Ukraine, perdagangan kripto sangat popular dalam kalangan orang Ukraine, dengan jumlah harian sekitar $ 37,000.

Descargo de responsabilidad

Las opiniones de este artículo solo representan las opiniones personales del autor y no constituyen un consejo de inversión para esta plataforma. Esta plataforma no garantiza la precisión, integridad y actualidad de la información del artículo, ni es responsable de ninguna pérdida causada por el uso o la confianza en la información del artículo.
El anterior

Mastercard Compra CipherTrace: Una Empresa De Rastreo De Criptomonedas

El siguiente

¡Cuenta Regresiva! Menos De 24 Horas Para La Hard Fork De Cardano: ¿Qué Podemos Esperar?