Ukraine Hanya Tinggal Selangkah Jadikan Kripto ‘Sah’ Di Sisi Undang-Undang

요약:Laporan terkini melaporkan bahawa draf undang-undang untuk membenarkan penerapan kripto secara rasmi telah melepasi bacaan kedua di parlimen Ukraine pada 8 September. Sehingga ke hari ini, aset kripto belum memiliki apa-apa klasifikasi undang-undang sama ada ia sah atau dilarang.

Berdasarkan laporan Kyiv Post, 276 penggubal undang-undang Ukraine memilih untuk mengundi rang undang-undang aset digital bawah klausa 3637. Hal ini dapat membolehkan penerimaan kripto yang lebih meluas dan penggubalan peraturan kripto.

Presiden Volodymyr Zelensky mengesahkan hal ini dan mengulas bahawa undang-undang baru akan menawarkan perlindungan kepada pelabur aset kripto dan bursa kripto.

Menurut Kementerian Transformasi Digital, Ukraine berhasrat membuka pasaran kripto untuk perniagaan dan pelabur pada tahun 2022. Namun untuk merealisasikan hal tersebut, parlimen mesti meluluskan usulan.

Setakat ini, kripto tidak boleh digunakan sebagai medium transaksi untuk pembelian mahupun penjualan barangan. Namun para pelabur boleh melakukan jual beli di bursa kripto dalam negara. Undang-undang baru akan membenarkan perniagaan berkaitan kripto dan blockchain beroperasi secara sah di Ukraine, yang merancang untuk menarik pelaburan ke dalam negara.

Dalam masa yang sama, kerajaan turut merancang untuk mewujudkan badan pengawalseliaan lain yang akan mengeluarkan permit untuk syarikat kripto. Menurut Mykhailo Fedorov, Menteri Transformasi Digital Ukraine, perdagangan kripto sangat popular dalam kalangan orang Ukraine, dengan jumlah harian sekitar $ 37,000.

면책 성명

본 기사의 견해는 저자의 개인적 견해일 뿐이며 본 플랫폼은 투자 권고를 하지 않습니다. 본 플랫폼은 기사 내 정보의 정확성, 완전성, 적시성을 보장하지 않으며, 개인의 기사 내 정보에 의한 손실에 대해 책임을 지지 않습니다.
전편

싱가포르, 가상자산거래소 첫 허가

다음

프리톤 블록체인 "초당 5만 5000건 처리…신기록 경신"