SEC Ugut Saman Coinbase

Lời nói đầu:Securities and Exchange Commission (SEC) dilaporkan mengugut platform pertukaran kripto, Coinbase melalui satu twit yang dimuatnaik oleh pengasasnya, Brian Amstrong sebentar tadi.

Difahamkan Coinbase bakal melancarkan program terbaru, ‘Lend’ yang menawarkan pulangan hasil tahunan sebanyak 4% melalui pinjaman stablecoin, USDC dan dijangka akan dilancarkan dalam beberapa minggu lagi.

Namun apa yang mengundang emosi Coinbase ketika ini, setelah 6 bulan mengadakan perbincangan dengan SEC, secara tiba-tiba agensi itu mengeluarkan Wells Notice.

Untuk pengetahuan, Wells Notice atau surat rasmi merupakan pengumuman yang akan ada tindakan dikenakan terhadap sesebuah syarikat atau pekerja.

SEC mendakwa program terbaru Coinbase itu merupakan sekuriti dan mengugut akan menyaman bursa itu jika Lend diteruskan.

Keadaan semakin keruh apabila Coinbase menuntut penjelasan, SEC tidak mahu menerangkan lebih lanjut. Sebaliknya, agensi itu menuntut beberapa rekod penting dan mendapatkan testimoni daripada pekerja Coinbase.

Menurut Armstrong, beberapa firma kripto yang turut menawarkan program sama telah meminta SEC untuk memberi penjelasan berkaitan isu tersebut.

Jika benarlah seperti apa yang didakwa Armstrong dalam twitnya, ia satu khabar buruk untuk BlockFi dan Celsius yang sedari awal telah menawarkan produk hasil kripto.

Buat masa sekarang tiada sebarang komen daripada SEC berkaitan dakwaan pengasas Coinbase itu.

Miễn trừ trách nhiệm

Các ý kiến ​​trong bài viết này chỉ thể hiện quan điểm cá nhân của tác giả và không phải lời khuyên đầu tư. Thông tin trong bài viết mang tính tham khảo và không đảm bảo tính chính xác tuyệt đối. Nền tảng không chịu trách nhiệm cho bất kỳ quyết định đầu tư nào được đưa ra dựa trên nội dung này.
Bài viết trước

BITSHARES (BTS) LÀ GÌ? NHỮNG THÔNG TIN MỚI NHẤT VỀ BTS COIN

Bài tiếp theo

LÝ THUYẾT DOW LÀ GÌ? NGUYÊN LÝ CƠ BẢN CỦA DOW TRONG TRADE