SEC Ugut Saman Coinbase

摘要:Securities and Exchange Commission (SEC) dilaporkan mengugut platform pertukaran kripto, Coinbase melalui satu twit yang dimuatnaik oleh pengasasnya, Brian Amstrong sebentar tadi.

Difahamkan Coinbase bakal melancarkan program terbaru, ‘Lend’ yang menawarkan pulangan hasil tahunan sebanyak 4% melalui pinjaman stablecoin, USDC dan dijangka akan dilancarkan dalam beberapa minggu lagi.

Namun apa yang mengundang emosi Coinbase ketika ini, setelah 6 bulan mengadakan perbincangan dengan SEC, secara tiba-tiba agensi itu mengeluarkan Wells Notice.

Untuk pengetahuan, Wells Notice atau surat rasmi merupakan pengumuman yang akan ada tindakan dikenakan terhadap sesebuah syarikat atau pekerja.

SEC mendakwa program terbaru Coinbase itu merupakan sekuriti dan mengugut akan menyaman bursa itu jika Lend diteruskan.

Keadaan semakin keruh apabila Coinbase menuntut penjelasan, SEC tidak mahu menerangkan lebih lanjut. Sebaliknya, agensi itu menuntut beberapa rekod penting dan mendapatkan testimoni daripada pekerja Coinbase.

Menurut Armstrong, beberapa firma kripto yang turut menawarkan program sama telah meminta SEC untuk memberi penjelasan berkaitan isu tersebut.

Jika benarlah seperti apa yang didakwa Armstrong dalam twitnya, ia satu khabar buruk untuk BlockFi dan Celsius yang sedari awal telah menawarkan produk hasil kripto.

Buat masa sekarang tiada sebarang komen daripada SEC berkaitan dakwaan pengasas Coinbase itu.

免责声明

本文观点仅代表作者个人观点,不构成本平台的投资建议,本平台不对文章信息准确性、完整性和及时性作出任何保证,亦不对因使用或信赖文章信息引发的任何损失承担责任
上一篇

斯诺登:不效仿萨尔瓦多采用比特币的国家将后悔莫及

下一篇

天眼DeFi日报丨Balancer与WSB DApp将合作推出加密ETP投资组合产品