SEC Ugut Saman Coinbase

요약:Securities and Exchange Commission (SEC) dilaporkan mengugut platform pertukaran kripto, Coinbase melalui satu twit yang dimuatnaik oleh pengasasnya, Brian Amstrong sebentar tadi.

Difahamkan Coinbase bakal melancarkan program terbaru, ‘Lend’ yang menawarkan pulangan hasil tahunan sebanyak 4% melalui pinjaman stablecoin, USDC dan dijangka akan dilancarkan dalam beberapa minggu lagi.

Namun apa yang mengundang emosi Coinbase ketika ini, setelah 6 bulan mengadakan perbincangan dengan SEC, secara tiba-tiba agensi itu mengeluarkan Wells Notice.

Untuk pengetahuan, Wells Notice atau surat rasmi merupakan pengumuman yang akan ada tindakan dikenakan terhadap sesebuah syarikat atau pekerja.

SEC mendakwa program terbaru Coinbase itu merupakan sekuriti dan mengugut akan menyaman bursa itu jika Lend diteruskan.

Keadaan semakin keruh apabila Coinbase menuntut penjelasan, SEC tidak mahu menerangkan lebih lanjut. Sebaliknya, agensi itu menuntut beberapa rekod penting dan mendapatkan testimoni daripada pekerja Coinbase.

Menurut Armstrong, beberapa firma kripto yang turut menawarkan program sama telah meminta SEC untuk memberi penjelasan berkaitan isu tersebut.

Jika benarlah seperti apa yang didakwa Armstrong dalam twitnya, ia satu khabar buruk untuk BlockFi dan Celsius yang sedari awal telah menawarkan produk hasil kripto.

Buat masa sekarang tiada sebarang komen daripada SEC berkaitan dakwaan pengasas Coinbase itu.

면책 성명

본 기사의 견해는 저자의 개인적 견해일 뿐이며 본 플랫폼은 투자 권고를 하지 않습니다. 본 플랫폼은 기사 내 정보의 정확성, 완전성, 적시성을 보장하지 않으며, 개인의 기사 내 정보에 의한 손실에 대해 책임을 지지 않습니다.
전편

싱가포르, 가상자산거래소 첫 허가

다음

프리톤 블록체인 "초당 5만 5000건 처리…신기록 경신"