Rupanya China Tiada Undang-Undang Ke Atas Kripto

Resumo:Mahkamah Jinan semalam mendedahkan pelaburan dan perdagangan matawang kripto di negara itu sebenarnya tidak dilindungi oleh undang-undang. Isu ini menjadi tular susulan penelitian kes yang melibatkan Bitcoin (BTC) pada 2017. Pada ketika itu, seorang penduduk China telah membeli BTC berjumlah 70,000 yuan ($10,794) sesetelah didorong oleh tiga rakannya.

Bagaimanapun, keadaan menjadi sulit apabila pada 2018 bank pusat China, People’s Bank of China (PBOC) memberi amaran kepada institusi kewangan untuk menghentikan perkhidmatan kepada akaun berkaitan matawang kripto.

Akaun-akaun tersebut serta-merta ditutup, menyebabkan pelabur memfailkan saman dengan tuduhan penipuan. Namun, mahkamah Jinan menjelaskan tiada undang-undang yang melindungi bitcoin dan matawang kripto yang lain, menjadikan tuduhan pelabur tersebut tidak dapat dipertahankan.

Dalam perkembangan terbaru membuktikan situasi pelabur kripto China tetap tidak akan mendapat sokongan daripada mahkamah jika berhadapan dengan masalah sedemikian dengan pelaburan mereka.

China sejak beberapa tahun yang lalu sudah menunjukkan ketegasan terhadap industri kripto. Bermula dengan sekatan perkhidmatan matawang kripto dalam kalangan institusi kewangan sehinggalah sekatan terhadap perlombongan kripto.

Tindakan China menyebabkan majoriti pelombong kripto tempatan berpindah ke luar negara seperti Amerika Syarikat dan Kazakhstan.

Isenção de responsabilidade

Os pontos de vista expressos neste artigo representam a opinião pessoal do autor e não constituem conselhos de investimento da plataforma. A plataforma não garante a veracidade, completude ou actualidade da informação contida neste artigo e não é responsável por quaisquer perdas resultantes da utilização ou confiança na informação contida neste artigo.
Postagem anterior

Vitor Belfort Aceita Pagamento em Criptomoedas Para Ajudar Indígenas da América do Sul

Próximo

SEC dos EUA deve aprovar ETF de futuros de Bitcoin em outubro, prevê analista