Rupanya China Tiada Undang-Undang Ke Atas Kripto

요약:Mahkamah Jinan semalam mendedahkan pelaburan dan perdagangan matawang kripto di negara itu sebenarnya tidak dilindungi oleh undang-undang. Isu ini menjadi tular susulan penelitian kes yang melibatkan Bitcoin (BTC) pada 2017. Pada ketika itu, seorang penduduk China telah membeli BTC berjumlah 70,000 yuan ($10,794) sesetelah didorong oleh tiga rakannya.

Bagaimanapun, keadaan menjadi sulit apabila pada 2018 bank pusat China, People’s Bank of China (PBOC) memberi amaran kepada institusi kewangan untuk menghentikan perkhidmatan kepada akaun berkaitan matawang kripto.

Akaun-akaun tersebut serta-merta ditutup, menyebabkan pelabur memfailkan saman dengan tuduhan penipuan. Namun, mahkamah Jinan menjelaskan tiada undang-undang yang melindungi bitcoin dan matawang kripto yang lain, menjadikan tuduhan pelabur tersebut tidak dapat dipertahankan.

Dalam perkembangan terbaru membuktikan situasi pelabur kripto China tetap tidak akan mendapat sokongan daripada mahkamah jika berhadapan dengan masalah sedemikian dengan pelaburan mereka.

China sejak beberapa tahun yang lalu sudah menunjukkan ketegasan terhadap industri kripto. Bermula dengan sekatan perkhidmatan matawang kripto dalam kalangan institusi kewangan sehinggalah sekatan terhadap perlombongan kripto.

Tindakan China menyebabkan majoriti pelombong kripto tempatan berpindah ke luar negara seperti Amerika Syarikat dan Kazakhstan.

면책 성명

본 기사의 견해는 저자의 개인적 견해일 뿐이며 본 플랫폼은 투자 권고를 하지 않습니다. 본 플랫폼은 기사 내 정보의 정확성, 완전성, 적시성을 보장하지 않으며, 개인의 기사 내 정보에 의한 손실에 대해 책임을 지지 않습니다.
전편

싱가포르, 가상자산거래소 첫 허가

다음

프리톤 블록체인 "초당 5만 5000건 처리…신기록 경신"