Rupanya China Tiada Undang-Undang Ke Atas Kripto

摘要:Mahkamah Jinan semalam mendedahkan pelaburan dan perdagangan matawang kripto di negara itu sebenarnya tidak dilindungi oleh undang-undang. Isu ini menjadi tular susulan penelitian kes yang melibatkan Bitcoin (BTC) pada 2017. Pada ketika itu, seorang penduduk China telah membeli BTC berjumlah 70,000 yuan ($10,794) sesetelah didorong oleh tiga rakannya.

Bagaimanapun, keadaan menjadi sulit apabila pada 2018 bank pusat China, People’s Bank of China (PBOC) memberi amaran kepada institusi kewangan untuk menghentikan perkhidmatan kepada akaun berkaitan matawang kripto.

Akaun-akaun tersebut serta-merta ditutup, menyebabkan pelabur memfailkan saman dengan tuduhan penipuan. Namun, mahkamah Jinan menjelaskan tiada undang-undang yang melindungi bitcoin dan matawang kripto yang lain, menjadikan tuduhan pelabur tersebut tidak dapat dipertahankan.

Dalam perkembangan terbaru membuktikan situasi pelabur kripto China tetap tidak akan mendapat sokongan daripada mahkamah jika berhadapan dengan masalah sedemikian dengan pelaburan mereka.

China sejak beberapa tahun yang lalu sudah menunjukkan ketegasan terhadap industri kripto. Bermula dengan sekatan perkhidmatan matawang kripto dalam kalangan institusi kewangan sehinggalah sekatan terhadap perlombongan kripto.

Tindakan China menyebabkan majoriti pelombong kripto tempatan berpindah ke luar negara seperti Amerika Syarikat dan Kazakhstan.

免责声明

本文观点仅代表作者个人观点,不构成本平台的投资建议,本平台不对文章信息准确性、完整性和及时性作出任何保证,亦不对因使用或信赖文章信息引发的任何损失承担责任
上一篇

花旗集团准备交易芝商所比特币期货

下一篇

彭博社:美SEC或在11月前批准比特币ETF