3 Angka! Solana Kukuh Kedudukan Dalam Top-10

Resumo:Solana terus memperkukuhkan kedudukan top-10 untuk menduduki di tangga ke-8 dengan nilai pasaran melebihi $33 bilion berdasarkan kepada Coinmarket Cap. Lonjakan itu sedikit sahaja lagi bakal mengatasi Dogecoin yang berada di tangga ke-7.

Beberapa faktor dilihat memacu Solana kekal mencatat lonjakan yang drastik dan kini kembali menyinari pasaran kripto dengan prestasi memberangsangkan.

Solana juga telah mempamerkan peningkatan melebihi 500% daripada paras terendah $22 yang sering kali diuji pada dagangan Mei sehingga Julai.

Melihat kepada carta SOL/USDT, pergerakan harga telah pun ‘meroket’ ke paras ketinggian sepanjang masa (ATH) terbaharu di paras harga $130.11.

Namun menjelang penghujung pasaran Ogos, harga sedikit menyusut ke zon RBS (resistance become support) $100 yang berkemungkinan didorong oleh aktiviti profit taking.

Penurunan harga itu dilihat sedang membuat HL (higher low) yang terbaharu sebelum meneruskan rentak kenaikan yang lebih tinggi.

Lonjakan yang lebih drastik akan diperhatikan pada paras ATH $130.11 untuk ditembusi sebelum menjangkau jangkaan dalam mencapai paras $150.

Tetapi tidak mustahil untuk harga kembali menyusut ke paras yang mungkin lebih rendah sedikit sekitar zon RBS seterusnya pada $80-$84 bagi menentukan arah berikutnya.

Adakah SOL mampu memperoleh nilai pasaran dua kali ganda lagi untuk menduduki top-5 di CoinMarketCap berdasarkan rekod prestasi yang terus gah pada ketika ini?

Isenção de responsabilidade

Os pontos de vista expressos neste artigo representam a opinião pessoal do autor e não constituem conselhos de investimento da plataforma. A plataforma não garante a veracidade, completude ou actualidade da informação contida neste artigo e não é responsável por quaisquer perdas resultantes da utilização ou confiança na informação contida neste artigo.
Postagem anterior

Confira as criptomoedas que subiram mais de 290% em agosto e superam a valorização o Bitcoin

Próximo

A AVAX Forma Um Padrão de Cunha Descendente, É Um Rompimento Baixista Iminente?