3 Angka! Solana Kukuh Kedudukan Dalam Top-10

Абстракт:Solana terus memperkukuhkan kedudukan top-10 untuk menduduki di tangga ke-8 dengan nilai pasaran melebihi $33 bilion berdasarkan kepada Coinmarket Cap. Lonjakan itu sedikit sahaja lagi bakal mengatasi Dogecoin yang berada di tangga ke-7.

Beberapa faktor dilihat memacu Solana kekal mencatat lonjakan yang drastik dan kini kembali menyinari pasaran kripto dengan prestasi memberangsangkan.

Solana juga telah mempamerkan peningkatan melebihi 500% daripada paras terendah $22 yang sering kali diuji pada dagangan Mei sehingga Julai.

Melihat kepada carta SOL/USDT, pergerakan harga telah pun ‘meroket’ ke paras ketinggian sepanjang masa (ATH) terbaharu di paras harga $130.11.

Namun menjelang penghujung pasaran Ogos, harga sedikit menyusut ke zon RBS (resistance become support) $100 yang berkemungkinan didorong oleh aktiviti profit taking.

Penurunan harga itu dilihat sedang membuat HL (higher low) yang terbaharu sebelum meneruskan rentak kenaikan yang lebih tinggi.

Lonjakan yang lebih drastik akan diperhatikan pada paras ATH $130.11 untuk ditembusi sebelum menjangkau jangkaan dalam mencapai paras $150.

Tetapi tidak mustahil untuk harga kembali menyusut ke paras yang mungkin lebih rendah sedikit sekitar zon RBS seterusnya pada $80-$84 bagi menentukan arah berikutnya.

Adakah SOL mampu memperoleh nilai pasaran dua kali ganda lagi untuk menduduki top-5 di CoinMarketCap berdasarkan rekod prestasi yang terus gah pada ketika ini?

Отказ от ответственности

Мнения в этой статье отражают только личное мнение автора и не являются советом по инвестированию для этой платформы. Эта платформа не гарантирует точность, полноту и актуальность информации о статье, а также не несет ответственности за любые убытки, вызванные использованием или надежностью информации о статье.
Предыдущая статья

Затишье рынка криптовалют подходит к концу

Следущая статья

Биткоин приближается к 50 тысячам. У эфириума и Cardano ожидается ралли