3 Angka! Solana Kukuh Kedudukan Dalam Top-10

摘要:Solana terus memperkukuhkan kedudukan top-10 untuk menduduki di tangga ke-8 dengan nilai pasaran melebihi $33 bilion berdasarkan kepada Coinmarket Cap. Lonjakan itu sedikit sahaja lagi bakal mengatasi Dogecoin yang berada di tangga ke-7.

Beberapa faktor dilihat memacu Solana kekal mencatat lonjakan yang drastik dan kini kembali menyinari pasaran kripto dengan prestasi memberangsangkan.

Solana juga telah mempamerkan peningkatan melebihi 500% daripada paras terendah $22 yang sering kali diuji pada dagangan Mei sehingga Julai.

Melihat kepada carta SOL/USDT, pergerakan harga telah pun ‘meroket’ ke paras ketinggian sepanjang masa (ATH) terbaharu di paras harga $130.11.

Namun menjelang penghujung pasaran Ogos, harga sedikit menyusut ke zon RBS (resistance become support) $100 yang berkemungkinan didorong oleh aktiviti profit taking.

Penurunan harga itu dilihat sedang membuat HL (higher low) yang terbaharu sebelum meneruskan rentak kenaikan yang lebih tinggi.

Lonjakan yang lebih drastik akan diperhatikan pada paras ATH $130.11 untuk ditembusi sebelum menjangkau jangkaan dalam mencapai paras $150.

Tetapi tidak mustahil untuk harga kembali menyusut ke paras yang mungkin lebih rendah sedikit sekitar zon RBS seterusnya pada $80-$84 bagi menentukan arah berikutnya.

Adakah SOL mampu memperoleh nilai pasaran dua kali ganda lagi untuk menduduki top-5 di CoinMarketCap berdasarkan rekod prestasi yang terus gah pada ketika ini?

免责声明

本文观点仅代表作者个人观点,不构成本平台的投资建议,本平台不对文章信息准确性、完整性和及时性作出任何保证,亦不对因使用或信赖文章信息引发的任何损失承担责任
上一篇

天眼DeFi日报丨雅达利旗下Atari Chain将使用Fantom DeFi平台 已迁移ATRI约20%的流动性

下一篇

调查:大多数欧洲人想要地方政府而非欧盟监管加密货币