
Semalam, pihak mereka ada menjelaskan akan melancarkan semula produk tersebut secara berperingkat bermula dengan fungsi pembelian dan penukaran di laman web pada hari yang sama.
Mujurlah pada hari ini ada beberapa perkembangan baik berkaitan projek tersebut.
Dalam twit terbaru COO Safemoon, Jack Haines memberitahu bahawa fungsi penukaran di laman web kembali bersiaran bagi dua pasangan aset: BNB/Safemoon dan ETH/Safemoon, diikuti kripto yang lain akan ditambah beberapa hari lagi.
Begitu juga serangan DDOS atau DDOS attack berjaya ditangani, termasuk pemindahan laman web, pengemasan pelancaran Android, ketersediaan beberapa matawang dan kripto ERC, dan sambungan wallet seperti MetaMask, Trust Wallet, dan Wallet Connect.
SafeMoon merupakan antara projek kripto yang berjaya mencetuskan keterujaan peminatnya melalui jaminan ‘keselamatan, berkualiti, dan ketersediaan’. Malah, hashtag #SAFEMOONWALLET menjadi trending, diikuti penampilan billboard SafeMoon di Londons Piccadilly Circus.
Bagaimanapun, gara-gara isu teknikal ini menyebabkan SafeMoon menerima kritikan hebat dan fear, uncertainty and doubt (FUD). Ada juga segelintir pengguna Twitter menuduh SafeMoon telah menipu penggunanya.
SAFEMOON mencatatkan penurunan setelah meningkat daripada $0.00000184 kepada $0.00000365 pada 28 Ogos.

