SafeMoon Wallet ‘Tumbang’

摘要:Baru sahaja dilancarkan, tiga produk wallet SafeMoon berhadapan dengan masalah teknikal. Ia melibatkan laman web yang menempatkan fungsi beli dan penukaran, wallet Android dan iOS. Khabar yang tidak menggembirakan itu dimuatnaik sendiri oleh CEO SafeMoon, John Karony melalui akaun Twitter rasminya kurang daripada 30 minit selepas pelancaran wallet pada 28 Ogos.

Semalam, pihak mereka ada menjelaskan akan melancarkan semula produk tersebut secara berperingkat bermula dengan fungsi pembelian dan penukaran di laman web pada hari yang sama.

Mujurlah pada hari ini ada beberapa perkembangan baik berkaitan projek tersebut.

Dalam twit terbaru COO Safemoon, Jack Haines memberitahu bahawa fungsi penukaran di laman web kembali bersiaran bagi dua pasangan aset: BNB/Safemoon dan ETH/Safemoon, diikuti kripto yang lain akan ditambah beberapa hari lagi.

Begitu juga serangan DDOS atau DDOS attack berjaya ditangani, termasuk pemindahan laman web, pengemasan pelancaran Android, ketersediaan beberapa matawang dan kripto ERC, dan sambungan wallet seperti MetaMask, Trust Wallet, dan Wallet Connect.

SafeMoon merupakan antara projek kripto yang berjaya mencetuskan keterujaan peminatnya melalui jaminan ‘keselamatan, berkualiti, dan ketersediaan’. Malah, hashtag #SAFEMOONWALLET menjadi trending, diikuti penampilan billboard SafeMoon di Londons Piccadilly Circus.

Bagaimanapun, gara-gara isu teknikal ini menyebabkan SafeMoon menerima kritikan hebat dan fear, uncertainty and doubt (FUD). Ada juga segelintir pengguna Twitter menuduh SafeMoon telah menipu penggunanya.

SAFEMOON mencatatkan penurunan setelah meningkat daripada $0.00000184 kepada $0.00000365 pada 28 Ogos.

免責聲明

本文觀點僅代表作者個人觀點,不構成本平台的投資建議,本平台不對文章信息準確性、完整性和及時性作出任何保證,亦不對因使用或信賴文章信息引發的任何損失承擔責任
上一篇

【天眼合约日报】BTC延续震荡 调整或需更长时间

下一篇

CBDC|不丹合作「瑞波CBDC解決方案」試驗央行數位貨幣 | 動區動趨-最具影響力的區塊鏈媒體 (比特幣, 加密貨幣)