Apa Itu Ethereum Classic (ETC)?

Abstract:Wujudnya Ethereum Classic (ETC) adalah pada 2016, selepas rangkaian Ethereum diserang dengan serangan DAO (DAO attack) dan dana bernilai $50 juta dicuri.

Kalau nak tahu, serangan DAO boleh dianggap sebagai serangan terbesar dalam sejarah kripto kerana disinilah bermulanya perubahan radikal yang disokong oleh pengasas Ethereum, Vitalik Buterin dan Gavin Wood.

Ethereum akhirnya melalui proses hard fork yang mana rangkaian terdahulu dikenali sebagai Ethereum Classic, menggunakan ETC sebagai koin natif dan yang terbaru dikekalkan sebagai Ethereum (ETH). Usaha ini dilakukan bagi tujuan untuk memulangkan semula dana yang telah dicuri kepada pemilik asal.

Ethereum Classic (ETC) vs Ethereum (ETH)

Secara jelasnya, ETH dan ETC tidak memiliki perbezaan yang ketara. Misalnya, pembangun boleh menggunakan kod sumber terbuka (open-source code) untuk membina dan menjalankan aplikasi desentralisasi (dApps), termasuk mencipta token ERC-20 untuk aplikasi mereka.

Malah pengguna Ethereum Classic boleh menggunakan ETC untuk membayar kos transaksi, sama seperti matawang kripto yang lain selagi ia masih memiliki nilai.

Namun, apa yang membezakan kedua-dua aset ini ialah Ethereum Classic agak terhad dalam ‘menyertai’ kemaskini pada blockchain Ethereum. Secara mudahnya, Ethereum Classic iaitu rangkaian terdahulu tidak boleh mengakses sebarang kemaskini yang diaplikasikan di rangkaian baharu, Ethereum.

Dan perbezaan yang lainnya boleh dilihat sendiri bagaimana Ethereum lebih menjadi pilihan pelabur berbanding Ethereum Classic walaupun kedua-duanya menyokong kontrak pintar (smart contracts).

Jika anda tertanya, adakah ETC masih relevan? Sebenarnya bergantung kepada pemahaman anda bagaimana ETC boleh bertahan untuk jangka masa yang lama. Tetapi, jika dilihat perkembangannya dari semasa ke semasa, boleh dikatakan ETC masih relevan.

Disclaimer

The views in this article only represent the author's personal views, and do not constitute investment advice on this platform. This platform does not guarantee the accuracy, completeness and timeliness of the information in the article, and will not be liable for any loss caused by the use of or reliance on the information in the article.
Previous Post

Thete 3.0 Pembakaran TFUEL Selepas Pelancaran Mainnet

Next

Survey: Financial Sector Wants Ukraine’s CBDC to Facilitate Transactions in the Crypto Market