Jeff Bezos Bersara Dari Jawatan CEO Amazon Dengan Kekayaan RM840 Bilion

概要:Jeff Bezos hari ini telah pun meletakkan jawatan sebagai CEO Amazon, sekaligus berhenti daripada jawatan tersebut dengan nilai kekayaan $203 bilion, iaitu sekitar RM843 bilion mengikut data Bloomberg.

Jeff Bezos memilih tarikh 5 Julai ini untuk berhenti, kerana ia genap 27 tahun sejak syarikat Amazon ditubuhkan. Beliau kini akan digantikan oleh Andy Jassy yang sebelum ini menerajui AWS sejak 2016 yang lepas.

Jeff Bezos akan terus menjadi pengerusi Amazon, dan pada masa yang sama, turut menguruskan beberapa syarikat lain dibawah beliau.

Dibawah Jeff Bezos, Amazon bukan sahaja menjadi kedai jual buku, tetapi telah menjadi sebuah perkhidmatan edagang gergasi, dan kini turut menyediakan perkhidmatan AWS untuk web yang digunakan pelbagai pihak, dan menjadi manusia terkaya di dunia.

Kelak pada bulan ini juga, jeff Bezos akan menjadi salah seorang penumpang misi angkasa pertama untuk roket New Shepard.

免責事項

このコンテンツの見解は筆者個人的な見解を示すものに過ぎず、当社の投資アドバイスではありません。当サイトは、記事情報の正確性、完全性、適時性を保証するものではなく、情報の使用または関連コンテンツにより生じた、いかなる損失に対しても責任は負いません。
前へ

Coinbase CEO:中国のデジタル通貨は「脅威」

次へ

南アフリカの倒産した取引所MTI、最終清算段階に入り8,000ビットコインを追跡