Jeff Bezos Bersara Dari Jawatan CEO Amazon Dengan Kekayaan RM840 Bilion

Lời nói đầu:Jeff Bezos hari ini telah pun meletakkan jawatan sebagai CEO Amazon, sekaligus berhenti daripada jawatan tersebut dengan nilai kekayaan $203 bilion, iaitu sekitar RM843 bilion mengikut data Bloomberg.

Jeff Bezos memilih tarikh 5 Julai ini untuk berhenti, kerana ia genap 27 tahun sejak syarikat Amazon ditubuhkan. Beliau kini akan digantikan oleh Andy Jassy yang sebelum ini menerajui AWS sejak 2016 yang lepas.

Jeff Bezos akan terus menjadi pengerusi Amazon, dan pada masa yang sama, turut menguruskan beberapa syarikat lain dibawah beliau.

Dibawah Jeff Bezos, Amazon bukan sahaja menjadi kedai jual buku, tetapi telah menjadi sebuah perkhidmatan edagang gergasi, dan kini turut menyediakan perkhidmatan AWS untuk web yang digunakan pelbagai pihak, dan menjadi manusia terkaya di dunia.

Kelak pada bulan ini juga, jeff Bezos akan menjadi salah seorang penumpang misi angkasa pertama untuk roket New Shepard.

Miễn trừ trách nhiệm

Các ý kiến ​​trong bài viết này chỉ thể hiện quan điểm cá nhân của tác giả và không phải lời khuyên đầu tư. Thông tin trong bài viết mang tính tham khảo và không đảm bảo tính chính xác tuyệt đối. Nền tảng không chịu trách nhiệm cho bất kỳ quyết định đầu tư nào được đưa ra dựa trên nội dung này.
Bài viết trước

Top những đồng tiền điện tử mà bạn nên tránh xa

Bài tiếp theo

Altcoin là gì? Những điều cần biết khi mua Altcoin?