Jeff Bezos Bersara Dari Jawatan CEO Amazon Dengan Kekayaan RM840 Bilion

摘要:Jeff Bezos hari ini telah pun meletakkan jawatan sebagai CEO Amazon, sekaligus berhenti daripada jawatan tersebut dengan nilai kekayaan $203 bilion, iaitu sekitar RM843 bilion mengikut data Bloomberg.

Jeff Bezos memilih tarikh 5 Julai ini untuk berhenti, kerana ia genap 27 tahun sejak syarikat Amazon ditubuhkan. Beliau kini akan digantikan oleh Andy Jassy yang sebelum ini menerajui AWS sejak 2016 yang lepas.

Jeff Bezos akan terus menjadi pengerusi Amazon, dan pada masa yang sama, turut menguruskan beberapa syarikat lain dibawah beliau.

Dibawah Jeff Bezos, Amazon bukan sahaja menjadi kedai jual buku, tetapi telah menjadi sebuah perkhidmatan edagang gergasi, dan kini turut menyediakan perkhidmatan AWS untuk web yang digunakan pelbagai pihak, dan menjadi manusia terkaya di dunia.

Kelak pada bulan ini juga, jeff Bezos akan menjadi salah seorang penumpang misi angkasa pertama untuk roket New Shepard.

免责声明

本文观点仅代表作者个人观点,不构成本平台的投资建议,本平台不对文章信息准确性、完整性和及时性作出任何保证,亦不对因使用或信赖文章信息引发的任何损失承担责任
上一篇

韩国仅存4大交易所?抵制新规之声不绝于耳

下一篇

谷歌趋势能否预测比特币的“牛市末途”?