XRP Bakal Disenaraikan Semula Di Platform TaoTao

Extrait:XRP bakal didagangkan kembali di platform perdagangan kripto, TaoTao pada minggu hadapan. Keputusan yang diambil berlaku ketika Ripple – Securities and Exchange Commission (SEC) masih lagi bertembung dalam isu berkaitan status XRP sebagai sekuriti atau tidak.

Menurut laporan rasmi, bursa TaoTao akan menyenaraikan semula XRP pada 22 September, jam 4 petang waktu Jepun selepas selesai penyelenggaran yang dijadualkan pada hari yang sama.

Setakat ini, TaoTao sudah menjalankan aktiviti perdagangan kripto bagi empat matawang kripto; Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH), Litecoin (LTC), dan Bitcoin Cash (BCH).

Menariknya lagi, pada 1 September TaoTao telah bergabung dengan pertukaran kripto, SBI VC Trade sebuah subsidiari kepada firma kewangan terkemuka Jepun, SBI Group.

Firma ini merupakan rakan kongsi Ripple Labs yang pernah meluahkan sokongannya terhadap XRP sebagai sebuah aset bukan sekuriti.

SBI juga dijangka akan melancarkan dana kripto yang pertama di negara itu pada akhir November ini dengan tujuan untuk mempelbagaikan lagi portfolio pelabur.

Adakah potensi untuk XRP mencatatkan lonjakan harga menjelang 22 September?

Avertissement

Les opinions exprimées dans cet article représentent le point de vue personnel de l'auteur et ne constituent pas des conseils d'investissement de la plateforme. La plateforme ne garantit pas l'exactitude, l'exhaustivité ou l'actualité des informations contenues dans cet article et n'est pas responsable de toute perte résultant de l'utilisation ou de la confiance dans les informations contenues dans cet article.
Article précédent

Excellentes performances de Binance Coin (BNB) ce jour après une annonce du régulateur UK

Article suivant

Le service daudit Solidity Finance blâmé pour lattaque sur le protocole DeFi Grim