XRP Bakal Disenaraikan Semula Di Platform TaoTao

Zusammenfassung:XRP bakal didagangkan kembali di platform perdagangan kripto, TaoTao pada minggu hadapan. Keputusan yang diambil berlaku ketika Ripple – Securities and Exchange Commission (SEC) masih lagi bertembung dalam isu berkaitan status XRP sebagai sekuriti atau tidak.

Menurut laporan rasmi, bursa TaoTao akan menyenaraikan semula XRP pada 22 September, jam 4 petang waktu Jepun selepas selesai penyelenggaran yang dijadualkan pada hari yang sama.

Setakat ini, TaoTao sudah menjalankan aktiviti perdagangan kripto bagi empat matawang kripto; Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH), Litecoin (LTC), dan Bitcoin Cash (BCH).

Menariknya lagi, pada 1 September TaoTao telah bergabung dengan pertukaran kripto, SBI VC Trade sebuah subsidiari kepada firma kewangan terkemuka Jepun, SBI Group.

Firma ini merupakan rakan kongsi Ripple Labs yang pernah meluahkan sokongannya terhadap XRP sebagai sebuah aset bukan sekuriti.

SBI juga dijangka akan melancarkan dana kripto yang pertama di negara itu pada akhir November ini dengan tujuan untuk mempelbagaikan lagi portfolio pelabur.

Adakah potensi untuk XRP mencatatkan lonjakan harga menjelang 22 September?

Haftungsausschluss

Die Ansichten in diesem Artikel stellen nur die persönlichen Ansichten des Autors dar und stellen keine Anlageberatung der Plattform dar. Diese Plattform übernimmt keine Garantie für die Richtigkeit, Vollständigkeit und Aktualität der Artikelinformationen und haftet auch nicht für Verluste, die durch die Nutzung oder das Vertrauen der Artikelinformationen verursacht werden.
Letzter Artikel

Fake News: Litecoin-Kurs steigt um 35 Prozent nach Walmart-Falschmeldung

Nächste

SEC-Chef bekräftigt seine Meinung nochmals: Krypto Firmen sollen "einfach reinkommen und mit uns reden"