XRP Bakal Disenaraikan Semula Di Platform TaoTao

Extracto:XRP bakal didagangkan kembali di platform perdagangan kripto, TaoTao pada minggu hadapan. Keputusan yang diambil berlaku ketika Ripple – Securities and Exchange Commission (SEC) masih lagi bertembung dalam isu berkaitan status XRP sebagai sekuriti atau tidak.

Menurut laporan rasmi, bursa TaoTao akan menyenaraikan semula XRP pada 22 September, jam 4 petang waktu Jepun selepas selesai penyelenggaran yang dijadualkan pada hari yang sama.

Setakat ini, TaoTao sudah menjalankan aktiviti perdagangan kripto bagi empat matawang kripto; Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH), Litecoin (LTC), dan Bitcoin Cash (BCH).

Menariknya lagi, pada 1 September TaoTao telah bergabung dengan pertukaran kripto, SBI VC Trade sebuah subsidiari kepada firma kewangan terkemuka Jepun, SBI Group.

Firma ini merupakan rakan kongsi Ripple Labs yang pernah meluahkan sokongannya terhadap XRP sebagai sebuah aset bukan sekuriti.

SBI juga dijangka akan melancarkan dana kripto yang pertama di negara itu pada akhir November ini dengan tujuan untuk mempelbagaikan lagi portfolio pelabur.

Adakah potensi untuk XRP mencatatkan lonjakan harga menjelang 22 September?

Descargo de responsabilidad

Las opiniones de este artículo solo representan las opiniones personales del autor y no constituyen un consejo de inversión para esta plataforma. Esta plataforma no garantiza la precisión, integridad y actualidad de la información del artículo, ni es responsable de ninguna pérdida causada por el uso o la confianza en la información del artículo.
El anterior

Precio De SafeMoon Aumenta Un 30% En Las Últimas 24 Horas: Estas Son Las Razones

El siguiente

ADA cae cuando los contratos inteligentes de Cardano se bloquean