Australia, Malaysia, Singapura & Afrika Selatan Bakal Menguji CBDC Untuk Transaksi Antarabangsa

Extracto:Empat bank pusat: Reserve Bank of Australia, Monetary Authority of Singapore, Bank Negara Malaysia, dan South African Reserve Bank bakal menjalankan pengujian pembayaran rentas sempadan (cross border payment) menggunakan beberapa matawang digital bank pusat (CBDC).

Pengujian tersebut merupakan sebahagian daripada usaha terbaharu Project Dunbar oleh Bank for International Settlement (BIS) yang mahu mewujudkan prototaip platform bersama (shared platforms), membolehkan penyelesaian antarabangsa dilakukan.

Penjelasan melalui kenyataan rasmi pada hari ini: “Platform multi-CBDC ini akan membolehkan institusi kewangan untuk menjalankan transaksi secara langsung antara satu sama lain dalam bentuk matawang digital yang dikeluarkan oleh bank pusat yang terlibat, sekaligus menyingkirkan keperluan perantara dan mengurangkan tempoh masa dan kos transaksi.”

Projek ini diterajui oleh BIS Innovation Hub Singapura merancang untuk bekerjasama dengan beberapa rakan kongsi bagi membangunkan prototaip teknikal di platform teknologi lejar diedarkan yang berbeza.

Mereka juga akan meneroka pelbagai reka bentuk pentadbiran dan pengoperasian yang membolehkan bank pusat berkongsi infrastruktur CBDC, sekaligus menyokong roadmap G20 dalam meningkatkan keupayaan pembayaran rentas sempadan.

Dijangka prototaip teknikal platform bersama akan didedahkan di Singapore FinTech Festival pada November ini.

Selain daripada empat negara ini, satu lagi projek yang berbeza melibatkan penggunaan CBDC dalam pembayaran rentas sempadan sedang dalam penelitian melibatkan China, Hong Kong, Thailand, dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Descargo de responsabilidad

Las opiniones de este artículo solo representan las opiniones personales del autor y no constituyen un consejo de inversión para esta plataforma. Esta plataforma no garantiza la precisión, integridad y actualidad de la información del artículo, ni es responsable de ninguna pérdida causada por el uso o la confianza en la información del artículo.
El anterior

Twitter Podría Permitir A Sus Usuarios Añadir Direcciones De Bitcoin Y Ethereum Para Recibir Propinas

El siguiente

Solana Desplaza A Dogecoin Y Se Convierte En La Séptima Criptomoneda Más Grande Del Mercado