Australia, Malaysia, Singapura & Afrika Selatan Bakal Menguji CBDC Untuk Transaksi Antarabangsa

abstrak:Empat bank pusat: Reserve Bank of Australia, Monetary Authority of Singapore, Bank Negara Malaysia, dan South African Reserve Bank bakal menjalankan pengujian pembayaran rentas sempadan (cross border payment) menggunakan beberapa matawang digital bank pusat (CBDC).

Pengujian tersebut merupakan sebahagian daripada usaha terbaharu Project Dunbar oleh Bank for International Settlement (BIS) yang mahu mewujudkan prototaip platform bersama (shared platforms), membolehkan penyelesaian antarabangsa dilakukan.

Penjelasan melalui kenyataan rasmi pada hari ini: “Platform multi-CBDC ini akan membolehkan institusi kewangan untuk menjalankan transaksi secara langsung antara satu sama lain dalam bentuk matawang digital yang dikeluarkan oleh bank pusat yang terlibat, sekaligus menyingkirkan keperluan perantara dan mengurangkan tempoh masa dan kos transaksi.”

Projek ini diterajui oleh BIS Innovation Hub Singapura merancang untuk bekerjasama dengan beberapa rakan kongsi bagi membangunkan prototaip teknikal di platform teknologi lejar diedarkan yang berbeza.

Mereka juga akan meneroka pelbagai reka bentuk pentadbiran dan pengoperasian yang membolehkan bank pusat berkongsi infrastruktur CBDC, sekaligus menyokong roadmap G20 dalam meningkatkan keupayaan pembayaran rentas sempadan.

Dijangka prototaip teknikal platform bersama akan didedahkan di Singapore FinTech Festival pada November ini.

Selain daripada empat negara ini, satu lagi projek yang berbeza melibatkan penggunaan CBDC dalam pembayaran rentas sempadan sedang dalam penelitian melibatkan China, Hong Kong, Thailand, dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Disclaimer

Ang mga pananaw sa artikulong ito ay kumakatawan lamang sa mga personal na pananaw ng may-akda at hindi bumubuo ng payo sa pamumuhunan para sa platform na ito. Ang platform na ito ay hindi ginagarantiyahan ang kawastuhan, pagkakumpleto at pagiging maagap na impormasyon ng artikulo, o mananagot din para sa anumang pagkawala na sanhi ng paggamit o pag-asa ng impormasyon ng artikulo.
Nakaraang post

Binance.US Will Have Initial Public Offering (IPO)

Susunod

Polkadot Can Use Cream Finance Services by Moonbeam