Australia, Malaysia, Singapura & Afrika Selatan Bakal Menguji CBDC Untuk Transaksi Antarabangsa

摘要:Empat bank pusat: Reserve Bank of Australia, Monetary Authority of Singapore, Bank Negara Malaysia, dan South African Reserve Bank bakal menjalankan pengujian pembayaran rentas sempadan (cross border payment) menggunakan beberapa matawang digital bank pusat (CBDC).

Pengujian tersebut merupakan sebahagian daripada usaha terbaharu Project Dunbar oleh Bank for International Settlement (BIS) yang mahu mewujudkan prototaip platform bersama (shared platforms), membolehkan penyelesaian antarabangsa dilakukan.

Penjelasan melalui kenyataan rasmi pada hari ini: “Platform multi-CBDC ini akan membolehkan institusi kewangan untuk menjalankan transaksi secara langsung antara satu sama lain dalam bentuk matawang digital yang dikeluarkan oleh bank pusat yang terlibat, sekaligus menyingkirkan keperluan perantara dan mengurangkan tempoh masa dan kos transaksi.”

Projek ini diterajui oleh BIS Innovation Hub Singapura merancang untuk bekerjasama dengan beberapa rakan kongsi bagi membangunkan prototaip teknikal di platform teknologi lejar diedarkan yang berbeza.

Mereka juga akan meneroka pelbagai reka bentuk pentadbiran dan pengoperasian yang membolehkan bank pusat berkongsi infrastruktur CBDC, sekaligus menyokong roadmap G20 dalam meningkatkan keupayaan pembayaran rentas sempadan.

Dijangka prototaip teknikal platform bersama akan didedahkan di Singapore FinTech Festival pada November ini.

Selain daripada empat negara ini, satu lagi projek yang berbeza melibatkan penggunaan CBDC dalam pembayaran rentas sempadan sedang dalam penelitian melibatkan China, Hong Kong, Thailand, dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

免責聲明

本文觀點僅代表作者個人觀點,不構成本平台的投資建議,本平台不對文章信息準確性、完整性和及時性作出任何保證,亦不對因使用或信賴文章信息引發的任何損失承擔責任
上一篇

【天眼合约日报】BTC延续震荡 调整或需更长时间

下一篇

CBDC|不丹合作「瑞波CBDC解決方案」試驗央行數位貨幣 | 動區動趨-最具影響力的區塊鏈媒體 (比特幣, 加密貨幣)