Banco Azteca Bank Pertama Rancang Iktiraf BTC

摘要:Salah seorang terkaya di Mexico, Ricardo Salinas Pliego pada hari ini secara terbuka menyatakan sokongan terhadap Bitcoin dan kripto dengan menyatakan bahawa beliau sedang merancang untuk membenarkan bank beliau menggunakan BTC.

Menurut kenyataan Salinas dalam sebuah temu bual, saya menyatakan sokongan penuh terhadap penggunaan bitcoin. Saya dan bank kepunyaan saya tengah berusaha untuk merealisasikan sebuah impian untuk menjadikan bank pertama di Mexico yang menerima Bitcoin.

Pemilik Banco Azteca dan orang terkaya ketiga di Meksiko ini melontarkan pernyataan tersebut melalui akaun Twitter @RicardoBSalinas.

Ahli perniagaan, pengasas, dan pengurus Grupo Salinas dari Mexico, telah menunjukkan sokongan untuk kripto selama bertahun-tahun. Pembelian pertamanya berharga $8.000, dan baru-baru ini, beliau menggesa setiap pelabur untuk mempertimbangkan membeli sekurang-kurangnya sebahagian kecil BTC untuk portfolio masing-masing.

Dalam wawancara, Beliau juga menegaskan bahawa kehadiran beliau kembali di dunia kripto secara terbuka. Secara peribadi, Salinas Pliego menyatakan wang fiat adalah sebuah ‘penipuan’ dengan membawa contoh bahawa matawang Venezuela, Argentina, dan Zimbabwe, telah kehilangan lebih banyak nilainya berbanding dolar.

Kenyataan ini Salinas telah mendapat perhatian Micheal Saylor. Saylor secara peribadi telah mengkongsikan video pandangan Salinas mengenai pelaburan BTC.

免责声明

本文观点仅代表作者个人观点,不构成本平台的投资建议,本平台不对文章信息准确性、完整性和及时性作出任何保证,亦不对因使用或信赖文章信息引发的任何损失承担责任
上一篇

Polygon 推出数据可用性基础架构——Avail

下一篇

灰度动态丨灰度全线减持 ETHE溢价率转正