Banco Azteca Bank Pertama Rancang Iktiraf BTC

요약:Salah seorang terkaya di Mexico, Ricardo Salinas Pliego pada hari ini secara terbuka menyatakan sokongan terhadap Bitcoin dan kripto dengan menyatakan bahawa beliau sedang merancang untuk membenarkan bank beliau menggunakan BTC.

Menurut kenyataan Salinas dalam sebuah temu bual, saya menyatakan sokongan penuh terhadap penggunaan bitcoin. Saya dan bank kepunyaan saya tengah berusaha untuk merealisasikan sebuah impian untuk menjadikan bank pertama di Mexico yang menerima Bitcoin.

Pemilik Banco Azteca dan orang terkaya ketiga di Meksiko ini melontarkan pernyataan tersebut melalui akaun Twitter @RicardoBSalinas.

Ahli perniagaan, pengasas, dan pengurus Grupo Salinas dari Mexico, telah menunjukkan sokongan untuk kripto selama bertahun-tahun. Pembelian pertamanya berharga $8.000, dan baru-baru ini, beliau menggesa setiap pelabur untuk mempertimbangkan membeli sekurang-kurangnya sebahagian kecil BTC untuk portfolio masing-masing.

Dalam wawancara, Beliau juga menegaskan bahawa kehadiran beliau kembali di dunia kripto secara terbuka. Secara peribadi, Salinas Pliego menyatakan wang fiat adalah sebuah ‘penipuan’ dengan membawa contoh bahawa matawang Venezuela, Argentina, dan Zimbabwe, telah kehilangan lebih banyak nilainya berbanding dolar.

Kenyataan ini Salinas telah mendapat perhatian Micheal Saylor. Saylor secara peribadi telah mengkongsikan video pandangan Salinas mengenai pelaburan BTC.

면책 성명

본 기사의 견해는 저자의 개인적 견해일 뿐이며 본 플랫폼은 투자 권고를 하지 않습니다. 본 플랫폼은 기사 내 정보의 정확성, 완전성, 적시성을 보장하지 않으며, 개인의 기사 내 정보에 의한 손실에 대해 책임을 지지 않습니다.
전편

速汇金(MoneyGram)允许在其1.2万家零售网络店上买卖比特币

다음

프리톤이 새로운 디파이 육성 프로그램을 시작한다