Banco Azteca Bank Pertama Rancang Iktiraf BTC

概要:Salah seorang terkaya di Mexico, Ricardo Salinas Pliego pada hari ini secara terbuka menyatakan sokongan terhadap Bitcoin dan kripto dengan menyatakan bahawa beliau sedang merancang untuk membenarkan bank beliau menggunakan BTC.

Menurut kenyataan Salinas dalam sebuah temu bual, saya menyatakan sokongan penuh terhadap penggunaan bitcoin. Saya dan bank kepunyaan saya tengah berusaha untuk merealisasikan sebuah impian untuk menjadikan bank pertama di Mexico yang menerima Bitcoin.

Pemilik Banco Azteca dan orang terkaya ketiga di Meksiko ini melontarkan pernyataan tersebut melalui akaun Twitter @RicardoBSalinas.

Ahli perniagaan, pengasas, dan pengurus Grupo Salinas dari Mexico, telah menunjukkan sokongan untuk kripto selama bertahun-tahun. Pembelian pertamanya berharga $8.000, dan baru-baru ini, beliau menggesa setiap pelabur untuk mempertimbangkan membeli sekurang-kurangnya sebahagian kecil BTC untuk portfolio masing-masing.

Dalam wawancara, Beliau juga menegaskan bahawa kehadiran beliau kembali di dunia kripto secara terbuka. Secara peribadi, Salinas Pliego menyatakan wang fiat adalah sebuah ‘penipuan’ dengan membawa contoh bahawa matawang Venezuela, Argentina, dan Zimbabwe, telah kehilangan lebih banyak nilainya berbanding dolar.

Kenyataan ini Salinas telah mendapat perhatian Micheal Saylor. Saylor secara peribadi telah mengkongsikan video pandangan Salinas mengenai pelaburan BTC.

免責事項

このコンテンツの見解は筆者個人的な見解を示すものに過ぎず、当社の投資アドバイスではありません。当サイトは、記事情報の正確性、完全性、適時性を保証するものではなく、情報の使用または関連コンテンツにより生じた、いかなる損失に対しても責任は負いません。
前へ

メキシコ初のビットコインを受け入れる銀行を建設へ

次へ

ハッキングされ、Safe Dollarのステーブルコイン価値がゼロに