Mastercard: Kad Pembayaran Kripto Bakal Jadi Suatu Yang ‘Mainstream’

摘要:CoinJar yang merupakan pertukaran aset kripto terkemuka mengumumkan kerjasama dengan syarikat gergasi kewangan,Mastercard sempena rancangan mereka untuk melancarkan kad prabayar baru. Ini merupakan salah satu tindakan bagi menjadikan perkhidmatan aset kripto dapat diakses oleh pengguna.

Dalam salah satu catatan rasmi yang diterbitkan pada hari Selasa, pertukaran aset kripto mendedahkan bahawa kad CoinJar baru akan membolehkan pengguna membuat pembelian dengan aset kripto mereka di mana sahaja Mastercard diterima.

Inisiatif ini akan membolehkan rakyat Australia menggunakan aset kripto mereka tanpa perlu menukarkannya terlebih dahulu kepada matawang fiat sebelum membuat pembayaran. Dengan kad CoinJar, pengguna hanya perlu memilih aset kripto yang ingin digunakan sebagai pembayaran kemudian ia ditukar secara automatik sebelum transaksi berlaku.

Selain itu, pertukaran kripto tersebut turut menjanjikan kepada pengguna beberapa faedah lain termasuk pangaktifan percuman, bayaran bulanan sifar dan tawaran hadiah. Menurut CoinJar, kad Coinjar tidak mempunyai yuran bulanan dan yuran transaksi serendah 1%.

Kad ini mempunyai 30 aset kripto yang disokong termasuk kripto seperti Bitcoin, Ethereum, dan XRP. Seperti yang diumumkan, kad CoinJar akan tersedia untuk pengguna dalam bentuk digital dan fizikal, termasuk sokongan aplikasi Apple Pay dan Google Pay.

Sejak akhir-akhir ini Mastercard telah menunjukkan minat yang ketara dalam industri kripto. Ketua Pegawai Eksekutif syarikat percaya kad kripto akan menjadi kebiasaan dalam industri dengan lebih banyak perniagaan seperti Visa dan Mastercard ingin melakukan inovasi sedemikikan.

免责声明

本文观点仅代表作者个人观点,不构成本平台的投资建议,本平台不对文章信息准确性、完整性和及时性作出任何保证,亦不对因使用或信赖文章信息引发的任何损失承担责任
上一篇

天眼午报丨摩根大通向私人银行客户推销内部流通的比特币基金

下一篇

盈科律师事务所邓超:区块链成为司法存证的合规工具