Mastercard: Kad Pembayaran Kripto Bakal Jadi Suatu Yang ‘Mainstream’

Ikhtisar:CoinJar yang merupakan pertukaran aset kripto terkemuka mengumumkan kerjasama dengan syarikat gergasi kewangan,Mastercard sempena rancangan mereka untuk melancarkan kad prabayar baru. Ini merupakan salah satu tindakan bagi menjadikan perkhidmatan aset kripto dapat diakses oleh pengguna.

Dalam salah satu catatan rasmi yang diterbitkan pada hari Selasa, pertukaran aset kripto mendedahkan bahawa kad CoinJar baru akan membolehkan pengguna membuat pembelian dengan aset kripto mereka di mana sahaja Mastercard diterima.

Inisiatif ini akan membolehkan rakyat Australia menggunakan aset kripto mereka tanpa perlu menukarkannya terlebih dahulu kepada matawang fiat sebelum membuat pembayaran. Dengan kad CoinJar, pengguna hanya perlu memilih aset kripto yang ingin digunakan sebagai pembayaran kemudian ia ditukar secara automatik sebelum transaksi berlaku.

Selain itu, pertukaran kripto tersebut turut menjanjikan kepada pengguna beberapa faedah lain termasuk pangaktifan percuman, bayaran bulanan sifar dan tawaran hadiah. Menurut CoinJar, kad Coinjar tidak mempunyai yuran bulanan dan yuran transaksi serendah 1%.

Kad ini mempunyai 30 aset kripto yang disokong termasuk kripto seperti Bitcoin, Ethereum, dan XRP. Seperti yang diumumkan, kad CoinJar akan tersedia untuk pengguna dalam bentuk digital dan fizikal, termasuk sokongan aplikasi Apple Pay dan Google Pay.

Sejak akhir-akhir ini Mastercard telah menunjukkan minat yang ketara dalam industri kripto. Ketua Pegawai Eksekutif syarikat percaya kad kripto akan menjadi kebiasaan dalam industri dengan lebih banyak perniagaan seperti Visa dan Mastercard ingin melakukan inovasi sedemikikan.

Disclaimer

Pandangan dalam artikel ini hanya mewakili pandangan pribadi penulis dan bukan merupakan saran investasi untuk platform ini. Platform ini tidak menjamin keakuratan, kelengkapan dan ketepatan waktu informasi artikel, juga tidak bertanggung jawab atas kerugian yang disebabkan oleh penggunaan atau kepercayaan informasi artikel.
Sebelumnya

Aplikasi pembayaran digital P2P nyaman tetapi berisiko, kata para ahli

Selanjutnya

APA ITU NFT, SEPERTI APA NFT? YANG PERLU DIKETAHUI TENTANG NFT DISINI.