Mastercard: Kad Pembayaran Kripto Bakal Jadi Suatu Yang ‘Mainstream’

요약:CoinJar yang merupakan pertukaran aset kripto terkemuka mengumumkan kerjasama dengan syarikat gergasi kewangan,Mastercard sempena rancangan mereka untuk melancarkan kad prabayar baru. Ini merupakan salah satu tindakan bagi menjadikan perkhidmatan aset kripto dapat diakses oleh pengguna.

Dalam salah satu catatan rasmi yang diterbitkan pada hari Selasa, pertukaran aset kripto mendedahkan bahawa kad CoinJar baru akan membolehkan pengguna membuat pembelian dengan aset kripto mereka di mana sahaja Mastercard diterima.

Inisiatif ini akan membolehkan rakyat Australia menggunakan aset kripto mereka tanpa perlu menukarkannya terlebih dahulu kepada matawang fiat sebelum membuat pembayaran. Dengan kad CoinJar, pengguna hanya perlu memilih aset kripto yang ingin digunakan sebagai pembayaran kemudian ia ditukar secara automatik sebelum transaksi berlaku.

Selain itu, pertukaran kripto tersebut turut menjanjikan kepada pengguna beberapa faedah lain termasuk pangaktifan percuman, bayaran bulanan sifar dan tawaran hadiah. Menurut CoinJar, kad Coinjar tidak mempunyai yuran bulanan dan yuran transaksi serendah 1%.

Kad ini mempunyai 30 aset kripto yang disokong termasuk kripto seperti Bitcoin, Ethereum, dan XRP. Seperti yang diumumkan, kad CoinJar akan tersedia untuk pengguna dalam bentuk digital dan fizikal, termasuk sokongan aplikasi Apple Pay dan Google Pay.

Sejak akhir-akhir ini Mastercard telah menunjukkan minat yang ketara dalam industri kripto. Ketua Pegawai Eksekutif syarikat percaya kad kripto akan menjadi kebiasaan dalam industri dengan lebih banyak perniagaan seperti Visa dan Mastercard ingin melakukan inovasi sedemikikan.

면책 성명

본 기사의 견해는 저자의 개인적 견해일 뿐이며 본 플랫폼은 투자 권고를 하지 않습니다. 본 플랫폼은 기사 내 정보의 정확성, 완전성, 적시성을 보장하지 않으며, 개인의 기사 내 정보에 의한 손실에 대해 책임을 지지 않습니다.
전편

速汇金(MoneyGram)允许在其1.2万家零售网络店上买卖比特币

다음

프리톤이 새로운 디파이 육성 프로그램을 시작한다