Faktor Ini Punca Lonjakan Quant (QNT)

摘要:Prestasi Quant (QNT) mengujakan para pelaburnya sejak beberapa hari lalu. Bermula dengan penyusutan sehingga $178 pada pagi 1 September, harga QNT melonjak tinggi sehingga 117% mencecah paras tertinggi sepanjang masa (ATH) terbaru, $387 pada 6 September, turut menyaksikan jumlah dagangan meningkat kepada $740 juta dalam 24 jam.

  • Perkembangan saling kendali

    • Perlancaran Overledger 2.0.5 pada 7 September menjadi kunci utama kepada penambahbaikan saling kendali yang menghubungkan ekosistem institusi dan perusahaan dengan stablecoins, DeFi, NFT, dan beberapa aset digital standard ERC20 dan ERC721 untuk penyelesaian.

    • Melalui Overledger Payment API ini juga pembayaran DeFi multi-teknologi lejar diedarkan (multi-DLT) dapat dijalankan dengan menggabungkan produk peminjaman dan staking dengan pilihan penyelesaian baharu.

  • Penawaran insentif

    • Quant telah melancarkan program untuk menarik lebih ramai pembangun menyertai ekosistem mereka.

    • Idea ini diinspirasikan oleh beberapa rangkaian seperti Polkadot (DOT), Ethereum (ETH), dan Cosmos (ATOM) yang ligat menawarkan insentif kepada pembangun yang berminat, sekaligus mencipta komuniti aktif hingga menjayakan rangkaian mereka.

  • Penyenaraian di bursa utama

    • Dagangan QNT akhirnya dibuka di platform Coinbase dan Binance hingga menyebabkan jumlah dagangannya meningkat daripada $9 juta kepada lebih $740 pada 6 September.

    • Di Coinbase, QNT turut disenaraikan bersama beberapa token lain seperti BarnBridge (BOND) dan Livepeer (LPT).

Bagaimanapun, QNT mencatatkan penyusutan ketika artikel ini ditulis susulan daripada kejatuhan harga Bitcoin (BTC).

免责声明

本文观点仅代表作者个人观点,不构成本平台的投资建议,本平台不对文章信息准确性、完整性和及时性作出任何保证,亦不对因使用或信赖文章信息引发的任何损失承担责任
上一篇

天眼今日分析丨满屏瀑布 多头深夜惨遭血洗!

下一篇

寻找 DeFi 的下一个爆发点