Faktor Ini Punca Lonjakan Quant (QNT)

요약:Prestasi Quant (QNT) mengujakan para pelaburnya sejak beberapa hari lalu. Bermula dengan penyusutan sehingga $178 pada pagi 1 September, harga QNT melonjak tinggi sehingga 117% mencecah paras tertinggi sepanjang masa (ATH) terbaru, $387 pada 6 September, turut menyaksikan jumlah dagangan meningkat kepada $740 juta dalam 24 jam.

  • Perkembangan saling kendali

    • Perlancaran Overledger 2.0.5 pada 7 September menjadi kunci utama kepada penambahbaikan saling kendali yang menghubungkan ekosistem institusi dan perusahaan dengan stablecoins, DeFi, NFT, dan beberapa aset digital standard ERC20 dan ERC721 untuk penyelesaian.

    • Melalui Overledger Payment API ini juga pembayaran DeFi multi-teknologi lejar diedarkan (multi-DLT) dapat dijalankan dengan menggabungkan produk peminjaman dan staking dengan pilihan penyelesaian baharu.

  • Penawaran insentif

    • Quant telah melancarkan program untuk menarik lebih ramai pembangun menyertai ekosistem mereka.

    • Idea ini diinspirasikan oleh beberapa rangkaian seperti Polkadot (DOT), Ethereum (ETH), dan Cosmos (ATOM) yang ligat menawarkan insentif kepada pembangun yang berminat, sekaligus mencipta komuniti aktif hingga menjayakan rangkaian mereka.

  • Penyenaraian di bursa utama

    • Dagangan QNT akhirnya dibuka di platform Coinbase dan Binance hingga menyebabkan jumlah dagangannya meningkat daripada $9 juta kepada lebih $740 pada 6 September.

    • Di Coinbase, QNT turut disenaraikan bersama beberapa token lain seperti BarnBridge (BOND) dan Livepeer (LPT).

Bagaimanapun, QNT mencatatkan penyusutan ketika artikel ini ditulis susulan daripada kejatuhan harga Bitcoin (BTC).

면책 성명

본 기사의 견해는 저자의 개인적 견해일 뿐이며 본 플랫폼은 투자 권고를 하지 않습니다. 본 플랫폼은 기사 내 정보의 정확성, 완전성, 적시성을 보장하지 않으며, 개인의 기사 내 정보에 의한 손실에 대해 책임을 지지 않습니다.
전편

싱가포르, 가상자산거래소 첫 허가

다음

프리톤 블록체인 "초당 5만 5000건 처리…신기록 경신"