Faktor Ini Punca Lonjakan Quant (QNT)

概要:Prestasi Quant (QNT) mengujakan para pelaburnya sejak beberapa hari lalu. Bermula dengan penyusutan sehingga $178 pada pagi 1 September, harga QNT melonjak tinggi sehingga 117% mencecah paras tertinggi sepanjang masa (ATH) terbaru, $387 pada 6 September, turut menyaksikan jumlah dagangan meningkat kepada $740 juta dalam 24 jam.

  • Perkembangan saling kendali

    • Perlancaran Overledger 2.0.5 pada 7 September menjadi kunci utama kepada penambahbaikan saling kendali yang menghubungkan ekosistem institusi dan perusahaan dengan stablecoins, DeFi, NFT, dan beberapa aset digital standard ERC20 dan ERC721 untuk penyelesaian.

    • Melalui Overledger Payment API ini juga pembayaran DeFi multi-teknologi lejar diedarkan (multi-DLT) dapat dijalankan dengan menggabungkan produk peminjaman dan staking dengan pilihan penyelesaian baharu.

  • Penawaran insentif

    • Quant telah melancarkan program untuk menarik lebih ramai pembangun menyertai ekosistem mereka.

    • Idea ini diinspirasikan oleh beberapa rangkaian seperti Polkadot (DOT), Ethereum (ETH), dan Cosmos (ATOM) yang ligat menawarkan insentif kepada pembangun yang berminat, sekaligus mencipta komuniti aktif hingga menjayakan rangkaian mereka.

  • Penyenaraian di bursa utama

    • Dagangan QNT akhirnya dibuka di platform Coinbase dan Binance hingga menyebabkan jumlah dagangannya meningkat daripada $9 juta kepada lebih $740 pada 6 September.

    • Di Coinbase, QNT turut disenaraikan bersama beberapa token lain seperti BarnBridge (BOND) dan Livepeer (LPT).

Bagaimanapun, QNT mencatatkan penyusutan ketika artikel ini ditulis susulan daripada kejatuhan harga Bitcoin (BTC).

免責事項

このコンテンツの見解は筆者個人的な見解を示すものに過ぎず、当社の投資アドバイスではありません。当サイトは、記事情報の正確性、完全性、適時性を保証するものではなく、情報の使用または関連コンテンツにより生じた、いかなる損失に対しても責任は負いません。
前へ

暗号市場は急下落、Coinbaseプレミアムが過去最低の-3.11%に達した

次へ

急回復は上昇トレンドにつながるか 仮想通貨チャート分析:ビットコイン・イーサ・カルダノ(ADA)・XRP(リップル)・ポルカドット(DOT)