Amerika Syarikat Sudah Tidak Lagi Berminat Dengan Kripto CBDC?

Lời nói đầu:Minat terhadap aset kripto Bank Pusat (CBDC) sudah tidak boleh disangkal lagi. Saban hari, negara-negara besar terutamanya telah membuat kemajuan dalam CBDC. Tambahan pula China kini dalam proses menguji cuba di ekonomi nyata dengan lebih meluas. Persoalan yang timbul dalam kalangan komuniti kripto ialah, bagaimana dengan Amerika Syarikat?

Para penggubal undang-undang A.S juga mengambil sikap yang sama dan meminta untuk mempercepat pengembangan dolar digital. Walaupun begitu, Ahli Rizab Persekutuan Christopher Waller telah berkongsi pandangan yang berbeza yang berkemungkinan mengejutkan banyak pihak.

Waller dalam salah satu acara yang dianjurkan American Enterprise Institute telah menafikan keperluan terhadap dolar digital. Beliau secara peribadi menolak idea aset kripto CBDC yang dicanangkan sebagai jalan keluar pembayaran inovatif dalam sektor swasta.

Menurut Walter, sektor swasta sudah mengembangkan alternatif pembayaran yang lebih murah untuk bersaing dengan sistem perbankan. Justeru beliau melihat tidak ada keperluan untuk Federal Reserve membangunkan CBDC sebagai pembayaran alternatif.

Sebilangan besar bank perdagangan telah menggunakan transaksi digital, dimana sebahagiannya membawa liabiliti kepada pihak bank. Maka tidak ada perbezaan antara transaksi semasa dan apa yang akan dilakukan dengan menggunakan CBDC. Tamsilnya beliau berpandangan CBDC adalah suatu yang digembar-gembur dalam kalangan masyarakat.

“Menurut saya bahawa inovasi sektor swasta dapat mengurangkan kenaikan harga yang dikenakan oleh bank dengan lebih berkesan daripada CBDC,” kata Waller.

Walaupun komen Waller sangat berbeza dengan beberapa penggubal undang-undang, ini menimbulkan persoalan dalam kalangan komuniti kripto.

Disisi lain, perkembangan CBDC di China telah mendorong negara-negara lain untuk memajukan sistem CBDC mereka.

Miễn trừ trách nhiệm

Các ý kiến ​​trong bài viết này chỉ thể hiện quan điểm cá nhân của tác giả và không phải lời khuyên đầu tư. Thông tin trong bài viết mang tính tham khảo và không đảm bảo tính chính xác tuyệt đối. Nền tảng không chịu trách nhiệm cho bất kỳ quyết định đầu tư nào được đưa ra dựa trên nội dung này.
Bài viết trước

Hiệu Ứng Đoàn Tàu (Bandwagon Effect) Là Gì? Sự Ra Đời Của Hiệu Ứng Đoàn Tàu

Bài tiếp theo

Chiến Thuật Gia Tăng Tỷ Lệ Chiến Thắng Khi Tham Gia Airdrop