Amerika Syarikat Sudah Tidak Lagi Berminat Dengan Kripto CBDC?

요약:Minat terhadap aset kripto Bank Pusat (CBDC) sudah tidak boleh disangkal lagi. Saban hari, negara-negara besar terutamanya telah membuat kemajuan dalam CBDC. Tambahan pula China kini dalam proses menguji cuba di ekonomi nyata dengan lebih meluas. Persoalan yang timbul dalam kalangan komuniti kripto ialah, bagaimana dengan Amerika Syarikat?

Para penggubal undang-undang A.S juga mengambil sikap yang sama dan meminta untuk mempercepat pengembangan dolar digital. Walaupun begitu, Ahli Rizab Persekutuan Christopher Waller telah berkongsi pandangan yang berbeza yang berkemungkinan mengejutkan banyak pihak.

Waller dalam salah satu acara yang dianjurkan American Enterprise Institute telah menafikan keperluan terhadap dolar digital. Beliau secara peribadi menolak idea aset kripto CBDC yang dicanangkan sebagai jalan keluar pembayaran inovatif dalam sektor swasta.

Menurut Walter, sektor swasta sudah mengembangkan alternatif pembayaran yang lebih murah untuk bersaing dengan sistem perbankan. Justeru beliau melihat tidak ada keperluan untuk Federal Reserve membangunkan CBDC sebagai pembayaran alternatif.

Sebilangan besar bank perdagangan telah menggunakan transaksi digital, dimana sebahagiannya membawa liabiliti kepada pihak bank. Maka tidak ada perbezaan antara transaksi semasa dan apa yang akan dilakukan dengan menggunakan CBDC. Tamsilnya beliau berpandangan CBDC adalah suatu yang digembar-gembur dalam kalangan masyarakat.

“Menurut saya bahawa inovasi sektor swasta dapat mengurangkan kenaikan harga yang dikenakan oleh bank dengan lebih berkesan daripada CBDC,” kata Waller.

Walaupun komen Waller sangat berbeza dengan beberapa penggubal undang-undang, ini menimbulkan persoalan dalam kalangan komuniti kripto.

Disisi lain, perkembangan CBDC di China telah mendorong negara-negara lain untuk memajukan sistem CBDC mereka.

면책 성명

본 기사의 견해는 저자의 개인적 견해일 뿐이며 본 플랫폼은 투자 권고를 하지 않습니다. 본 플랫폼은 기사 내 정보의 정확성, 완전성, 적시성을 보장하지 않으며, 개인의 기사 내 정보에 의한 손실에 대해 책임을 지지 않습니다.
전편

싱가포르, 가상자산거래소 첫 허가

다음

프리톤 블록체인 "초당 5만 5000건 처리…신기록 경신"