Elon Musk Di Ugut Anonymous ?
Elon Musk menjadi sasaran terbaharu kumpulan penggodam Anonymous. Dalam satu video yang menjelaskan salah laku Musk, Anonymous memberi amaran kepada Ketua Pegawai Ekskutif Tesla itu kerana telah memusnahkan kehidupan pelabur matawang kripto dengan hantara tweet nya. Anonymous menyatakan tweet Musk jelas menganiaya pelabur kecil dan sikap tidak bertanggungjawab itu memberi kesan kepada mereka. “Selepas membaca komen pada hantaran di Twitter, jelas sekali apa yang anda lakukan ke atas pasaran kripto telah menjejaskan kehidupan orang lain. Berjuta-juta pelabur benar-benar bergantung hidup ke atas pelaburan kripto untuk menambah baik kualiti kehidupan mereka,” kata Anonymous. Kumpulan penggodam itu menuduh tweet Musk hanya untuk menguntungkan syarikatnya dan tidak mempedulikan masa depan matawang kripto. Malah, sudah beberapa kali tweet menyebabkan pasaran kripto mengalami kerugian berbilion dolar. Sebagai contoh, tindakan Tesla untuk tidak lagi menerima Bitcoin sebagai bayaran membeli kereta elektrik keluarannya. Anonymous percaya Tesla sengaja membuat keputusan tersebut. Ini kerana Tesla menjana kebanyakan pendapatannya daripada kredit cukai karbon hijau daripada kerajaan di mana ia beroperasi. Jadi, sebab utama kenapa penggunaan Bitcoin dihentikan adalah supaya ia boleh terus menerima kredit berkenaan. Memakai topeng Guy Fawkes yang menjadi identitinya, Anonymous menyifatkan Musk sebagai penjahat dalam filem James Bond. Seseorang yang membentuk imej sebagai individu berwawasan sedangkan sebenarnya